"Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal.
GANJARAN dalam hidup selalu berpaksikan diaatas apa yang telah kita sumbangkan. Setiap tindakan kita dalam hidup adalah seperti bernih, iaitu memberikan hasil sesuai dengan jenisnya. Kalau kita menanam padi jangan berharap untuk menuai gandum, sebab kita tahu pokok zaitun tidak akan menghasilkan buah ara dan pokok mawar tidak akan menghasilkan kasturi...
Janganlah terlalu mengenang hari semalam kerana ianya telah terlalu sementara esok belum pasti. Hiduplah nutuk hari ini seolah-olah inilah hari terakhir anda. Kejayaan masa depan anda terlalu banyak bergantung kepada apa yang anda lakukan hari ini iaitu sekarang...
TAHUN BARU telah tiba. Hari ini anda juga boleh dilahirkan kembali, kalau anda berkemampuan untuk mengenali diri anda sebenarnya. Anda adalah orang yang paling penting didunia ini. Manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna. Tapi kenapa tidak semua menjadi yang terbaik. Manusia pada umumnya menghabiskan hari-hari tanpa mengetahui diri mereka yang sebenarnya. Allah membawa kita ke dunia untuk mencipta kejayaan. Kita dilengkapi oleh Allah dengan kemungkinan yang tidak ada pada makhluk lain. Kejayaan adalah hak asasi kita, tetapi hanya sedikit yang mewujudkan hak asasi ini dalam kehidupan mereka.
AL-QURAN dan sunnah Rasulullah SAW adalah panduan yang perlu digunakan umat Islam dalam memandu kehidupan di dunia dan di akhirat.
Kedua-duanya adalah harta paling berharga bagi umat Islam kerana al-Quran merujuk kepada perintah secara langsung daripada Allah SWT kepada manusia yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW.