30 Jun, 2011

AZAB ... perempuan di hari KIAMAT

Syaidina Ali dan Fatimah Azzahra' mengunjungi Rasulullah dan mendapati Rasulullah sedang menangis dan mereka bertanya apakah yang menyebabkan Nabi menangis. Lantas Nabi menerangkan di waktu ia diisrakkan ia melihat orang-orang perempuan sedang disiksa dengan keadaan yang amat DAHSYAT :
1.  Perempuan yang digantung rambutnya di atas neraka dan otaknya mendidih. KESALAHAN kerana tidak menutup kepala (bertudung sewaktu keluar berhadapan dengan lelaki yang halal nikah).
2.  Perempuan yang lidahnya dipanjangkan 70 hasta dan dibelitkan ke atas tengkuknya dan dituangkan minyak dan air yang mendidih ke dalam kerongkongnya. KESALAHAN kerana menyakiti hati suami dengan lidahnya.
3.  Perempuan yang digantung buah dadanya dan dituangkan air kayu zakum (buah neraka) ke dalam kerongkongnya. KESALAHAN kerana menyusui orang lain tiada izin suami.
4.  Perempuan diikat tangan dan kakinya kemudian digantung di atas api neraka. KESALAHAN kerana keluar rumah tiada izin suami.
5.  Perempuan makan badannya sendiridi atas api neraka. KESALAHAN kerana berhias diri untuk dipamerkan kepada orang lain dan suka mengumpat.
6.  Perempuan yang memotong dirinya dengan gunting dari api neraka. KESALAHAN kerana mempamerkan diri agar mendapat perhatian orang ramai.
7.  Perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ular dan kala masuk dari kubul dan dubur keluar dari mulut atau sebaliknya. KESALAHAN kerana tidak mandi junub dan tidak berwuduk, tidak sembahyang dan tidak berpuasa.
8.  Perempuan kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai mendapat berbagai azab tiada terperi. KESALAHAN kerana kerjanya sentiasa menabur fitnah.

29 Jun, 2011

9 MIMPI RASULULLAH s.a.w. .... sebelum diisrakkan

بسم الله الر حمن الرحيم

Israk dan Mikraj adalah satu peristiwa yang telah dirakam didalam Al-Quran Al-Karim di permulaan surah Al- Israa’ ayat yang pertama : 
Didalam ayat di sebelah banyak peristiwa yang berlaku dan dipertontonkan kepada Baginda SALLALLUALAIHIWASALAM. Dan diantaranya adalah mimpi - mimpi yang telah di alami oleh Nabi Muhammad SALLALLUALAIHIWASALAM.sama-samalah kita berfikir dan memahami peringatan ALLAH SUBAHNAHUWATA’’ALA yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad SALLALLUALAIHIWASALAM, untuk peringatan dan muhasabah kita bersama. Insyallah.

بسم الله الر حمن الرحيم
اللهمّ باركلنا في رجب و سعبان وبلغّنا رمضان


9 MIMPI-MIMPI RASULLULLAH s.a.w.

"Daripada Abdul Rahman Bin Samurah R.A berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda ‘ertinya’:


"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israa’kan........"


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh Malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka Malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan Azab Kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh Syaitan-Syaitan dan Iblis-iblis Lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api Neraka Jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh Malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para Nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


- BERSABDA RASULULLAH SAW: بلّغ عنّي ولو أية ertinya:"SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT."


By :Nur Ilahi
والله أعلم

SUNNAH NABI 1 ... memotong kuku

RASULULLAH S.A.W BERSABDA yang bermaksud :


Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
• Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
• Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
• Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
• Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
• Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
• Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
• Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

HIKMAT 7 AYAT

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.
Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.


Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


Mengucap La Haula Wala Kuwwata Illa Billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


Mengucap Inna lillahi Wa inna Ilaihi Rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.


Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. 




Mudah-mudahan ingatan kita sentiasa mengingati ALLAH maha pencipta dan kekasihnya Nabi MUHAMMAD Sallallahualaihiwassalam.                                                        

KISAH DIBALIK TABIR SOLAT 5 WAKTU

28 Jun, 2011

ISRAK & MIKRAJ 2... pengisian malam Israk Mikraj

sambungan ISRAK & MIKRAJ 1 .... pengisian malam Israk Mikraj


Jemaah yang hadir menjamu hidangan yang disediakan
oleh AJK Masjid Sabak Uni.
Nasi "ambeng" .... stail orang Jawa
Kaum ibu corner ... harap-harap cukup la


ISRAK & MIKRAJ 1... pengisian malam Israk Mikraj

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI MANA JUA BERADA DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS TERSEBUT.


Para hadirin yang datang mendengar ceramah Israk Mikraj .... tekun mendengar
syarahan Ustaz Hj.Amin Mesran.
Sampai tongkat dagu... betapa tekun mendengar ceramah.



27 Jun, 2011

HOBI ... memancing


Tanpa mengira waktu bebudak kat taman nampaknya giler sokmo nak memancing ... baru balik dari sekolah, seluar biru sekolah pun belum tanggal dah pegang joran. Nampak gaya memang kaki tangan pancing 1MALAYSIA. tapi bebudak ni tau ke TIP-TIP MEMANCING. 

Nak tau jom kita pegi kat sini......
Mari kita tolong tingkatkan income dia ni ...

BANGUNAN TERTINGGI DI ....... Siri 1

Sempat juga saya shoot gambar bangunan tertinggi di ..... BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA kira-kira jam 3.30 petang. 
Banyak lagi yang boleh dilihat di BATU PAHAT.... dari segi sejarahnya, pembangunannya, kemajuannya, perkembangannya dan sebagainya.


SEJARAH BATU PAHAT ...
Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur dan Sungai Batu Pahat juga dikenali sebagai Sungai Kundur. Ianya merupakan petempatan-petempatan kecil yang berasingan yang dibuka oleh orang-orang kenaman dan orang-orang besar seperti penghulu dan ketua-ketua kampung. Sebagai contohnya semasa pemerintahan Sultan Hussin di Singapura dan Johor, dua orang ketua dari orang-orang Melayu Daik, dan seorang lagi dari Simpang Kiri bernama Rapang dari keturunan Orang Besar Pahang telah mengadap Sultan Hussin. Mereka berdua telah diberi taraf penghulu oleh Sultan Hussin di tempat masing-masing pada tahun 1834.

ILMU , IMAN , AMAL


Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda : 
Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.
Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim cukup banyak. Berbagai tarbiyah yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan mereka memiliki iman yang teguh, bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik. Allah berfirman: "Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66) 
Maka mempelajari ilmu agama adalah termasuk medan jihad yang paling mulia di mana daripada ilmu tersebut seseorang itu dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain yang sekaligus menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia menyuruh manusia melakukan perkara“perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat) dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama' bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan." (Ibnu Majah) Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan para ulama' untuk mendengarkan nasihat mereka. Inilah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dan dengan itu mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat.

26 Jun, 2011

AMALAN KETIKA ISRAK MIKRAJ



Saban tahun tanggal 27 Rejab akan menjengah setiap umat islam       di seluruh dunia. Ianya merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam yang mana berlaku peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan salah satu peristiwa penting dalam rakaman sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW . Peristiwa ini bukan sahaja penting kepada Nabi Muhammad SAW semata- mata, malah ianya amat penting sekali kepada seluruh Umat Islam. Sebagaimana diakui dalam banyak tulisan bahawa:“…Satu-satunya peristiwa yang paling penting berlaku pada tahun terakhir Nabi di Mekah ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini merupakan satu peristiwa yang paling berkesan dalam kehidupan beragama...”
Agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib solat lima waktu sehari semalam untuk nabi dan seluruh umat baginda. Justeru, seluruh umat Islam walau di mana jua berada, MESTI  mengambil suatu bentuk pengajaran besar dari kisah perjalanan Nabi SAW ini. Semoga kita menjadi umat yang berjaya di dunia  lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
WASSALAM dari penulis POJOK.
Anda boleh membaca selanjutnya tentang Israk Mikraj .....

FUN RIDE CHARITY 2011 ... riadah berbasikal

Program kecergasan yang dianjurkan oleh V'EXPLORER CYCLING TEAM berpusat di Taman Manis 2, Parit Raja, Batu Pahat, JOHOR. Penyertaan dibuka kepada semua golongan samada veteran, muda dan kanak-kanak. Tujuannya untuk mengumpulkan sebarapa banyak rider di seluruh Malaysia. Peserta paling jauh datangnya daripada Kuantan, Pahang. Dianggarkan seramai 350 peserta mengambil bahagian yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, ADUN Semarang. Beliau turut bersama-sama rider lain memulakan kayuhan sekitar jam 8.15 pagi sejauh 40km.
Tn.Hj.Ashari Sikor,
Pengerusi Persatuan Penduduk Islam Taman Manis 2,
merupakan salah seorang RIDER berpengalaman luas
dalam aktiviti ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Allah lebih menyayangi orang Mu'min yang kuat daripada orang Mu'min yang lemah".
(Riwayat Muslim)
1. Islam amat peka terhadap pembangunan aspek jasmani manusia agar proses transformasi yang dilakukan dapat melahirkan manusia yang seimbang, berilmu, berakhlak dan sihat seterusnya dapat melakukan tugas sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi dengan baik dan sempurna.
2. Apabila seseorang Muslim itu sihat bermakna ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah S.W.T serta tanggungjawab lain yang diamanahkan oleh manusia kepadanya sama ada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan.
3. Kekuatan jasmani bererti seseorang itu memiliki daya ketahanan badan melawan penyakit. Oleh itu dikatakan bahawa mencegah penyakit itu adalah jauh lebih baik dan lebih mudah daripada merawat. Namun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat adalah anugerah Allah S.W.T dan kita harus bersyukur apabila dianugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak mengeluh sekiranya diuji dengan sesuatu jenis penyakit kerana ia merupakan ujian daripada Allah S.W.T sebagai kaffarah bagi dosa yang dilakukan.
4. Pepatah Arab menyebutkan:Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat. Ini adalah kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim.

YB Datuk Haji Samsolbari Jamali ADUN Semarang,
turut serta dalam aktiviti ini.