17 Jun, 2012

BAPAKU ... Bukan Tak Ingat


Bila ayah kata dia ingin berjumpa tanda rindu, kita jawab "nantilah hujung minggu."
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab "kerja kita belum selesai."
Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi.....

Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, dia belum boleh fikir lagi”.
Bila kita menangis tanda lapar... ayah kerja keras untuk dapat wang lebih.
Bila kita merintih cedera, ayah bersengkang mata tidur tak lena.
Bila kita sedih kerana gagal, ayah tetap mencari jalan untuk kita.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah berkata dia tetap bangga. 

Fikir-fikirkanlah..
"Selamat hari bapa. Hargai mereka.. Kehadirannya hanya sekali." 

Tiada ulasan: