28 Julai, 2012

RAMADHAN ..... sedikit renungan untuk semua


Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dan dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)

- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)

- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

RAMADHAN .... kesihatan perlu dijaga


RAMADHAN .... bangunlah jangan tak bangun

Untungnya bagi mereka yang bangun bersahur....

RAMADHAN .... semuanya boleh beramal


RAMADHAN .... selengkar nasihat

Jauhi dari diri anda sepanjang masa...

RAMADHAN ... utamakan sahur

jangan ketinggalan untuk bersahur....

27 Julai, 2012

RAMADHAN .... perbanyakkan ucapan ini

RAMADHAN .... secebis renungan

Syukurlah nikmat yang telah diberikan oleh-Nya dan janganlah mengundang kemurkaan-Nya. Doa berlindung daripada kehilangan nikmat-Nya :

'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kehilangan nikmat-Mu, hilangnya afiat yang engkau berikan, kemurkaan-Mu yang datang secara tiba-tiba dan keseluruhan kemurkaan-Mu.'
Riwayat Muslim

RAMADHAN .... susah sangatkah nak bangun

Tips Kejutkan Orang Bangun Sahur

Salam , dikongsikan cara nak kejutkan orang yang liat nak bangun sahur. Pagi2 nanti korang cubala buat kalau ada adik, kakak, abang, isteri korang atau sesiapa jelah yang liat sangat nak bangun sahur tu.

TIPS KEJUTKAN ORANG BANGUN SAHUR YANG AGAK MENCABAR
(Khas utk org yg liat bangun sahur)

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2. Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia
2. Renjis air kat muka dia...
3. Tampar tampar manja pipi dia..
4. Tutup kipas/air cond

Tapi kalau still tak ada effect,

1. Jerit nama dia sekuat hati...
2. Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam,spender dan stokin busuk korang
4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. Goyang badan dia kuat-kuat dan jerit'tsunami!'tsunami!
6. Geletetak badan dia
7. Letak mercun dalam kain dia

Tapi kalau still tak ada effect gak,

1. Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
2. Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!

Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir

Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan kerana Tuhan lebih menyayanginya.Innalillahi wa inna ilaihi roji un...

RAMADHAN ..... bingkisan doa

Amalkanlah setiap kali selepas solat, InsyaAllah dengan kesabaran dan keikhlasan ketika bermunajat, anak-anak akan bertambah-tambah cerdik dan pintar. InsyaAllah.

RAMADHAN .... bingkisan doa

Amalkanlah selepas solat 5 waktu dan solat-solat sunat. 

26 Julai, 2012

RAMADHAN .... agak-agak kat mana dia ni berbuka puasa

Masing-masing perut tengah lapar dan tak sabar nak berbuka. Kepada yang baru keluar office atau sebarang urusan kerja lain dan rushing nak balik rumah tu, hati-hatilah ya?!!

Gambar: Jangan kerana anda, orang lain yang merana. Apapun kami tak pasti gambar ini benar-benar terjadi atau edit semata-mata. Apa yang penting, sentiasalah berhati-hati. Sayangi diri sendiri dan hormati orang lain. Bak kata slogan orang tua-tua masa kita kecil dulu, Pandu Cermat Jiwa Selamat. Slogan dah bosan dengar, tapi masih releven hingga kini.

RAMADHAN ..... mandi jangan tak mandi


Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., mandi adalah harus bagi orang berpuasa sama ada untuk menyucikan diri atau untuk meredakan kelesuan badan kerana puasa. Keharusan mandi untuk menyucikan badan (dari hadas besar), sabit di dalam hadis dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. bangun pagi (setelah masuk waktu subuh) dalam keadaan berjunub, kemudian baginda mandi dan berpuasa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).


Adapun mandi dengan tujuan menyejukkan badan untuk meredakan keletihan puasa, keharusannya sabit dalam hadis dari beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim).

25 Julai, 2012

RAMADHAN ..... secebis renungan bersama

RAMADHAN .... secebis renungan bersama

Jahiliah dulu memang betul jahil serba perkara, Jahiliah sekarang ini kerana semua sudah pandai sudah serba tahu. Kalau kita hidup pada zaman dulu pun kita tak mengaku kita ini jahil. kalau masih ada manusia Seribu tahun akan datang mereka akan kata bahawa kita pada hari ini sangat Jahil. Macam orang mendaki gunung ada yang telah sampai di atas ada yang masih di bawah, yang di atas kata yang di bawah itu lemah tapi tak lama kemudian mereka yang di atas akan turun balik ke bawah......Jahil perbandingan...

RAMADHAN ....malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:

" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:

" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:

" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:

" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:

" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar

iaitu malam ke-27. "

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:

" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam

yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. " Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:

" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "

23 Julai, 2012

RAMADHAN .... membantu orang lain


Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: 

Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." 
(Hadis riwayat Imam Tirmizi). 


Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.

RAMADHAN .... kawal diri diutamakan

Umat Islam jangan hanya menjaga puasa jangan batal, sebaliknya kena jaga jangan pahala puasa terbatal, disebabkan melakukan perkara yang dilarang oleh syarak. Maka puasa bermakna menjaga mata dari melihat perkara yang diharam, menjaga telinga dari mendengar perkara yang dilarang, menjaga kakitangan dari melakukan amalan bertentangan syarak. Menjaga lidah dari mengumpat dan cerca, dan menjaga apa yang disuap ke mulut waktu bersahur dan berbuka, agar ia bukan dari sumber yang diharamkan Allah. Semoga puasa kita diterima Allah. Sabda Rasulullah s.a.w . "berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga". Selamat berpuasa.

RAMADHAN .... perbanyakkan membaca al-Quran

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

RAMADHAN .... 6 perkara tersembunyi


Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.
( HR : Muslim )
1. Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.
2. Setiap ibadat yang dilakukan bertepatan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.

RAMADHAN .... kembalinya bulan kebesaran


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Apabila tinggal separuh bulan Syaaban janganlah kamu semua berpuasa sunat."

( HR : at-Tirmidzi )

Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan umatnya Oleh itu ia tidak menggalakkan umatnya melakukan sesuatu yang mendatangkan mudarat pada diri atau menimbulkan rasa berat atau malas untuk menjalankan kewajipan yang diperintah. Contohnya, kita tidak digalakkan untuk berpuasa sunat, sama ada sunat hari Isnin atau Khamis dan lainnya selepas 15 Syaaban, kecuali puasa qadha' dan orang yang sentiasa melakukan amalan puasa sunat yang bertepatan dengan hari berkenaan. Hikmah larangan tersebut adalah untuk mengelak orang-orang yang tidak biasa melakukan puasa sunat daripada merasa terlalu letih apabila mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan yang muncul selepas bulan Syaaban itu.

22 Julai, 2012

RAMADHAN .... pembawa rahmat kebahagiaan

RAMADHAN ... nilai seorang hamba

Sebelum Kamu Mengeluh...

Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali

Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk dalam hidupnya.

Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda.
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup

Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat

Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul

Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yag tinggal di jalanan

Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah mengembara,
Fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan

Dan di saat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu,
Fikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa,,,

Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan,
Tersenyum dan Bersyukurlah pada Rabb bahwa kamu masih hidup !

RAMADHAN ... semak sendiri perkara yang dilakukan


18 Julai, 2012

HADIRMU DINANTI .... Ramadhan al Mubarak

Fadilat Bulan Ramadhan

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

12 Julai, 2012

KHAMIS .... apa ada padanya

TIADA ALAT PEMADAM API YANG BOLEH DIBAWA !!!!

KHAMIS .... apa ada padanya

Berkata Abu wail r.a katanya:
Abdullah (bin Umar) mengajar suatu jamaah tiap-tiap hari Khamis. Seorang lelaki berkata:Hai Abu Abdul Rahman! Saya mengharap supaya kamu dapat mengajar kami setiap hari. Jawab Abdullah:Saya khuatir jikalau kamu semua menjadi bosan. Saya memilih waktu yang baik sebagaimana juga nabi memilih waktu yang baik untuk kami belajar, menjaga supaya kami tidak bosan.
(HR : al-Bukhari)

11 Julai, 2012

RABU .... apa ada padanya

11 Doa yang cepat diperkenankan oleh Allah

1. Doa dari para Malaikat.
2. Doa dari para nabi dan rasul.
3. Doa dari raja, pemerintah atau pemimpin yang adil.
4. Doa dari orang yang soleh dan bertaqwa.
5. Doa kedua ibu bapa ke atas anak-anaknya.
6. Doa dari anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.
7. Doa dari orang yang dizalimi atau dianiaya.
8. Doa dari orang yang berpuasa.
9. Doa dari orang tua dan kanak-kanak.
10. Doa dari orang yang sakit dan berada dalam kesusahan.
11. Doa dari orang yang keluar bermusafir pada perkara yang diharuskan oleh syarak

RABU .... apa ada padanya

keikhlasan dalam mencari rezeki yang halal untuk keluarga akan sentiasa mendapat keredhaan Allah swt.

10 Julai, 2012

SELASA .... apa ada padanya


Nabi s.a.w bersabda: 

"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan.menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

(HR : Abu Hurairah r.a)

i) Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T.
Ii) Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain.
Iii) Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini ,malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan.
iv) Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya.

09 Julai, 2012

ISNIN .... ada apa padanya

PERTAMA, sakit merupakan kesempatan untuk beristirahat. Kecendrungan manusia saat sehat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan material tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesihatan diri sendiri. Ia tidak menyedari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.

Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirehat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.

KEDUA, sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesihatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya.

Ketika seseorang sakit, ia akan meresakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.

KETIGA, sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sihat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari tulang dan darah yang dibungkus kulit.

KEEMPAT, sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang soleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak bisa berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan dan penyesalan.

Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

KELIMA, sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.

Alangkah mulianya Allah yang telah meciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Hanya satu sakit yang Dia timpakan kepada manusaia. Akan tetapi, begitu banyak kebaikan yang dikandungnya. Kebaikan bagi si sakit yang sabar, kebaikan bagi orang tua dan keluarga yang melayani, kebaikan bagi masyarakat yang berbondong-bondong menjenguk, kebaikan bagi semua doa yang terucap

ISNIN ... apa ada padanya

Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: 

Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku".

( HR : Muslim )

1) Merayakan maulid rasul termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW dan sesiapa yang meraikannya diberikan pahala oleh Allah SWT. Begitu juga menyambut hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti Maal Hijrah, Nuzul al-Quran, Hari Raya Puasa dan Haji, Nisfu Syaaban dan sebagainya.

2) Allah SWT berfirman dalam surah al-Haj ayat 32 yang maksudnya : "..dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu adalah satu kesan daripada sifat-sifat hati yang bertaqwa kepada Allah"

3) Rasulullah SAW adalah merupakan syiar atau tanda kebesaran Allah SWT kerana dengan kelahiran Rasulullah SAW, dunia mengetahui tentang keesaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah menyuruh kita mengambil pengajaran di atas peristiwa keputeraan Rasulullah SAW ini kerana ia akan memperkukuhkan keimanan dan kecintaan kita terhadap diri baginda dan meneruskan perjuangannya serta tidak melupakan ajaran dan sunahnya.

4) Mengucapkan selawat ke atas Nabi SAW seperti dalam majlis maulidurrasul adalah amalan yang amat digalakkan dalam Islam kerana Allah sendiri telah berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab:56)

5) Ulama telah sepakat memandang baik amalan menyambut maulidurrasul SAW. Di Malaysia, era 50an hingga 80an sambutan ini dilakukan dengan cara tradisional seperti berzanji, tilawah al-Quran, tahlil dan sebagainya. Namun perkembangan semasa telah mempengaruhi acara sambutan tersebut kepada bentuk baru seperti dengan mengadakan nasyid, forum, ceramah, perarakan dan sebagainya. Tujuannya tidak lain melainkan untuk memperingati, mengagungkan, dan memuliakan Rasulullah SAW.

06 Julai, 2012

MAKNANYA .... amalkan secara istiqomah

istiqomahlah secara berterusan,biarpun sikit lama-lama akan jadi kebiasan kita utk melakukan Amal ibadat.

MAKNANYA .... lakukanlah semampunya

Sahabat, Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Dari Abu Zar r.a dari Nabi saw sabdanya:
"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka
>setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah,
>setiap sekali tahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah,
>setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha illallah - adalah sedekah,
>setiap sekali takbir -bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah,
>menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah,
>melarang kepada kemungkaran adalah sedekah
>dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari Solat Dhuha."
(Riwayat Muslim)

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

dan banyak lagi fadilat dan kelebihan2nya

MAKNANYA ... usah berbangga-bangga

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: 
Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.
( HR : Muslim )
1. Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni. 
2. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya. 
3. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

MAKNANYA ..... jangan ketawakan orang lain

Allah hadirkan kesalahan manusia di hadapan kita, keburukan manusia di hadapan kita, BUKANLAH UNTUK KITA CACINYA, HINA DIRINYA, tetapi adalah UNTUK MENILIK DIRI KITA..

05 Julai, 2012

MAKNANYA ... jangan pernah sakiti hati orang lain


Ungkapan Maaf mampu menyejukan 
Hati yang sedang Panas.............
mampu mendamaikan Jiwa yang sedang
resah gellisah..................
mampu menghilangkan segala rasa tidak
puas hati.............
segala marah yang terbuku di kalbu..........
kemudian akan hilang,insyaAllah....

Jadilah insan yang Pemaaf bagaikan 
baginda Rasulullah S.A.W.......
belajarlah untuk menjadi orang terlebih dahulu
memohon Maaf walau bukan diri yang bersalah,
belajarlah untuk menjadi Insan yang sentiasa
merendah diri,,,,,insyaAllah 
Allah Ta'ala akan memuliakannya.

INGAT RAMADHAN .... bulan keberkatan

A185



(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan(atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

(Al-Baqarah 2:185

04 Julai, 2012

INGAT BERINGAT ... Syaaban


Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang maksudnya : 

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
[ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban] 

Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu di atas.
Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi'in dari penduduk Syam. 
Buatlah perkara yang baik pada setiap masa buhan hanya pada malam Nishfu Sya'aban sahaja kerana malam-malam lain Allah jadikan sama dengan malam-malam yang lainnya. Beramal dan terus beramal.

03 Julai, 2012

INGAT BERINGAT ....santau

Dari buku hasil tulisan Ustaz Sharhan berjudul PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS.

Sebagai perkongsian ilmu, dipinjam dari buku tersebut untuk pengetahuan kita bersama.

JENIS-JENIS SANTAU

Santau terbahagi kepada dua jenis:

1) Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah diubati.

2) Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan 'santau angin'. Santau ini agak sukar diubati kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Secara umumnya, santau ditujukan kepada si mangsa bertujuan seperti berikut:

1) Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.

2) Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.

3) Ingin menguji tahap ketahanan batin seseorang.

4) Sebagai medan menguji kekuatan dan kesan santau yang dimiliki.

5) Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan ahli keluarganya.

6) Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.

TANDA-TANDA TERKENA SANTAU

SIAPAKAH KITA .... terjawabkah pertanyaan ini?

Tanyalah Pada Diri...Siapakah Kita..??

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.


Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang yang berpura-pura?
Mereka adalahlah orang yg hanya pandai bercakap tapi tidak mengamalkan apa yg dikatakanya.mereka umpama pelakon yg hanya menjiwai wakat melalui skrip ditangannya.

Siapakah orang yang cerdik?
Orang yang cerdik adalah orang yang sering mengingati mati.Penutup kelazatan hidup.

Siapakah orang yang beruntung?
Mereka itu adalah yang melakukan kesilapan tapi menyesal dan bertaubat dan tidak mengulangi kesalahannya itu.

Siapakah orang yang kalah?
Mereka itu adalah orang yang suka berbantah-bantah hal agama,sehingga menjadi musuh.