15 Mei, 2011

CUTI-CUTI KE TERENGGANU

Musim hujan ketika kami bertiga sampai di Kuala Terengganu. Tak dapat nak jalan-jalan, tidur je kat hotel.





Panorama selepas hujan dari tetingkap Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. 

SENARIO...Kursus UMRAH 2011









KURSUS UMRAH 2011

Alhamdulillah. sELESAI sudah kami berdua menjalani kursus UMRAH di rumah Ustaz Amin. Rasanya kami sudah bersedia untuk melakukan UMRAH yang sebenar-benarnya di bumi Mekah dan Madinah. Tak sabar nak tunggu tarikh 1 JUN 2011. Tarikh keramat kami bertolak dari rumah menuju ke bumi para anbia'. Doakan kami dapat mengerjakan umrah dan memperolehi UMRAH yang MABRUR. InsyaAllah.
 Jemaah lelaki dan wanita ingin memulakan pekerjaan UMRAH, ini baru sahaja turun dari bas yang bertolak dari MADINAH.  Teruja nak melakukan aktiviti UMRAH.
 Jemaah wanita sedang berjalan menuju ke Masjidil Haram untuk menatap betapa indahnya KA'ABAH.
 Penulis sedang berdiri di hadapan KA'ABAH (latihan sahaja) sebagai persiapan untuk menghadapi situasi sebenar di Masjidil Haram nanti.
Penulis bersama Ustaz Amin yang membimbing kami semua tentang pekerjaan UMRAH yang bakal kami lakukan di bumi Mekah.
 Penulis melakukan aktiviti TAHALUL sesudah selesai melakukan SA'I.
Seronok juga dapat potong rambut sendiri, biasanya tukanmg gunting yang potong rambut kita. Inilah yang dikatakan nikmat TAHALUL.
Penulis juga berkesempatan menjadi PEMBIMBING kepada jemaah yang kurang berupaya melakukan aktiviti UMRAH . Mudah-mudahan mereka semua sihat dan dapat melakukan kerja-kerja UMRAH dengan jayanya dan mendapat UMRAH yang MABRUR. Insya Allah.

Teruja Mengerjakan UMRAH cuti sekolah



InsyaAllah jika diizinkan Allah , kami berdua akan berangkat ke Tanah Suci pada 1 JUN 2011 untuk menunaikan UMRAH selama 13 hari. Tak SABAR rasanya menunggu hari yang dinanti-nantikan.