08 November, 2011

LANGSUNG dari Kota Suci MEKAH <> Berhenti Rehat

Setakat ini dahulu yang dapat disampaikan berita2 dan gambar2 secara terus daripada MH Mekah. InsyaAllah esok akan disambung lagi dengan keizinan-NYA.

LANGSUNG dari Kota Suci MEKAH <> Solat Maghrib

Solat Maghrib di MH ketika mana para jemaah haji sudah mula kembali dari Mina.



















Dirikan solat dengan hati yang penuh kekhusyukan dan merendah diri kepada Allah s.w.t.

AMALAN DI PAGI HARI <> Doa Pagi

Amalkan setiap pagi sebanyak 3X,dengan hati yang tulus ikhlas InsyaAllah beroleh keselamatan.

IBADAH KORBAN <> Hukum dan Hikmatnya

Ibadat korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana baginda sentiasa menggalakkan sahabat-sahabat baginda melakukan ibadat korban. Ini memandangkan ibadat korban itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihan-kelebihan yang memberi kebaikan kepada diri kita, agama dan masyarakat. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam yang mampu seharusnyalah mengambil iktibar terhadap galakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada sahabat-sahabat baginda untuk berbuat demikian.

Terdapat banyak hadis yang menganjurkan ibadat korban antaranya ialah  Rasulullah s.a.w. telah bersabda;
مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.[1] Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. 
(Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 7949.)

Hukum korban ialah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat-amat digalakkan oleh agama) bagi orang yang memenuhi syarat-syarat berikut ;
<>  Muslim
<>  Baligh dan berakal
<>  Bebas/merdeka
<>  Ada kemampuan; iaitu memiliki lebihan belanja setelah ditolak nafkah dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq.


JAMRAT >>> Ilustrasi Menjadi Kenyataan

Daripada idea yang dijana melalui ilustrasi yang dilukis menjadikan JAMRAT di Mina menjadi kenyataan untuk memberi kemudahan kepada para jemaah haji untuk melakukan ibadah melontar jamrah pada hari Nahar (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah).



















JAMRAT >>> Musibah Yang Mengubah Segalanya

DULU2 ...
Jemaah haji berasak-asak hingga menyebabkan 

ada yang terkorban.
DULU2 ...
Bayangkan jika mereka terjatuh dan 

dipijak oleh jemaah lain ...


















Pengalaman pahit merubah yang kurang @ lemah kepada yang lebih baik lagi.