20 Jun, 2011

KASIHANILAH KHAZANAH ALAM KITA

Hayati dan renungilah sendiri sejauhmana usaha kita memulihkan dan memelihara alam yang indah ini untuk tatapan anak-anak generasi akan datang.

JEREBU OH! jerebu



RAMAI mengeluh cuaca sekarang semakin panas. Kepanasan matahari semakin terik terutama pada tengah hari. Mereka turut mengaitkan kemungkinan kepanasan itu balasan kepada manusia kerana sering melakukan kerosakan di muka bumi.



FENOMENA langit merah yang dirakamkan di Rawang adalah kesan matahari dilitupi jerebu. Peningkatan suhu di Malaysia akibat jerebu, pembakaran terbuka dan kekurangan hutan hijau menyebabkan suhu meningkat mencecah 34 darjah Celsius ke 38 darjah Celsius dan ini bukan saja menyebabkan pemanasan global, malah boleh menyebabkan penyakit kulit.

MENYAMBUNG TUGAS ... rezeki mesti dicari

Bak kata pepatah Melayu : REZEKI TAK DATANG BERGOLEK, MESTI USAHA, IKHTIAR, BARULAH REZEKI DATANG BUKANNYA BERGOLEK BAHKAN MELAYANG-LAYANG DATANG MENJUNAM MENUJU KEPADA KITA. InsyaAllah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
" Usaha yang halal adalah suatu yang fardhu selepas fardhu-fardhu yang lain".
Setelah bercuti sekembalinya daripada Tanah Suci, tugas yang selama ini dipikul ditaut kembali demi kesejahteraan anak bangsa pada masa hadapan. Mudah-mudahan selama ditinggalkan mereka dapat menerima ketiadaan kami berdua dan sentiasa beroleh kejayaan walaupun tanpa kami berdua.