02 Oktober, 2011

mySCHOOL ... Tropical Village

Selesai lawatan di IHAH, para pelajar menuju ke Tropical Village di Ayer Hitam. Pelbagai aktiviti disediakan di situ dan setiap aktiviti dikenakan bayaran RM1 sahaja. 
Ikan KAP ... sebagai tanda ucapan selamat datang.
Selesai sudah program lawatan sambil belajar oleh pelajar Tahun 6/2011 SK Bukit Kuari. Rasa puas setelah seharian berada di luar sekolah yang selama ini bertungkus lumus membanting tulang belajar dan belajar untuk persiapan UPSR. Semoga sukses dalam UPSR 2011. 
B R A V O !!!

mySCHOOL ... si Rusa

Berkesempatan juga singgah di teratak si Rusa yang redup dinaungi rimbunan pokok-pokok kayu. Seronok dapat mengenali lebih dekat lagi dengan si Rusa.
Tanda kasih sayang .... si Rusa menghisap jari jemari yang dihulur.
Anak si Rusa  yang terpisah daripada ibu tercinta ... namun tetap mendapat pembelaan daripada para pekerja di IHAH.

mySCHOOL ... Di penghujung Nyawa

Kesian bila menatap si anak yang hanya menunggu saat-saat kematiannya. Ubat sudah diberi dan hanya menunggu sama ada sihat atau MATI. Itu yang dinyatakan oleh pegawai yang bertanggungjawab. 
Masih lagi bernyawa ... hanya menunggu saat ketibaan .........

mySCHOOL ... Pusat Pemeliharaan Kambing

Singgah sebentar di kandang kambing .... macam2 gelagat bila tengok kambing-kambing di kandang.
Mendengar taklimat daripada pegawai bertugas sebelum menemui sikambing  yang setia menanti pengunjung.
JOM !!! Kita naik ke kandang kambing dan boleh mendukung anak kambing.
Kasih sayang ibu ada di mana-mana .... untuk anak tersayang.
5 SEKAWAN ... tidak peduli kepada tetamu yang datang berkunjung.
Macam tauke gayanya .... tumpang gambar je.

mySCHOOL ... Pusat Jagaan Anak Yatim

Guru Pengiring sempat menjaga anak yatim yang ada di belakang.
Anak yatim yang perlu jagaan rapi.
Rasa sayu melihat anak yatim yang tinggal sebatang kara ... terpisah daripada ibu tersayang.
Menyusu botol sebagai ganti susu ibu yang terpisah ... alahai kesian !!!
Sempat juga menjengah ke pusat jagaan kuda ... dapat juga memegang bulu di tengkuk kuda.

mySCHOOL ... Mendengar penerangan keadaan sekitar

Pelajar lelaki  yang menyertai lawatan 
Pelajar perempuan asyik dengan buku catatan... berbeza dengan pelajar lelaki.
Tekun mendengar penerangan daripada pegawai yang mengiringi peserta lawatan.
Pusat jagaan anak2 lembu 
Para pelajar berpeluang menyentuk anak2 lembu.

mySCHOOL ... Perjalanan ke destinasi IHAH

Pelajar Tahun 6/2011, selepas UPSR mengisi masa terluang menyertai Program Selepas UPSR, dan salah satu program tersebut ialah Lawatan ke Institut Haiwan Ayer Hitam, Batu Pahat, JOHOR. Pada 28 September 2011 seramai 50 orang murid dan 4 orang guru telah mengikuti lawatan tersebut.
Menuju ke destinasi ... berada di atas Jalan Kluang Batu Pahat.
Berada di kawasan IHAH ... menuju destinasi pertama iaitu Pusat Perahan Susu Lembu.
Suasana hening pagi dan jalan batu merah ... nostalgia zaman 60'an ketika pergi ke sekolah.
Baru sahaja tiba di Pusat Perahan Susu Lembu, haruman mawar dihidu oleh semua peserta lawatan, tidak dapat dibayangkan wanginya ketika itu.