09 Oktober, 2012

UCAPAN YANG BAIK ..... ikut keadaan sekeliling


Penggunaan istilah 'MasyaAllah' dan 'Subhanallah':

Kalimah ini diucapkan apabila kita terlihat, terbau, terdengar apa-apa yang menakjubkan bagi kita..sebagai contoh, kita terlihat satu masjid yang sangat indah, lalu kita ucapkan MasyaAllah, kerana kita kembalikan ketakjuban kita kepada makhluk (masjid) itu kepada Allah, kerana Allah yang berkehendakkan supaya masjid itu menjadi cantik.. sedangkan “Maha Agung” dalam bahasa arab ialah “Al-Adzim”,jadi Allah Maha Agung ialah Allah Al-Adzim

Perkataan MasyaALLAH bermaksud ( Seperti yang ALLAH kehendaki )
Waktu bila kita nak guna perkataan ni dan waktu bila pula kita tak perlu guna ?
Perkataan masyaALLAH ni ramai kalangan kita guna bila melihat benda tak elok macam eksiden.. tengok perkara maksiat..macam anak nakal atau berita yang tak baik.. 

Kalau melihat benda tak baik sepeti eksiden boleh sebut 'La Hawla wala kuwata illah billah (Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.)'

Ia juga boleh menjauhkan kita dari sifat hasad apabila kita melihat apa kelebihan yang ada pada org lain (kereta baru, rumah baru, kasut cantik. Lihat baby comel juga boleh sebut MasyaALLAH,, tabarakallah..comelnya baby ni.Moga -moga kita semua dalam peliharaan ALLAH dan jauh dari mata-mata yang berhasad dengki.
Wallahu'alam

[Perkongsian daripada Nor Abdullah]

OH !!! IBU .... ku relakan pemergiannmu

1.   Di dalam Islam SUAMI dan IBU mempunyai kuasa yang besar. Kuasa suami ke atas isteri dan kuasa ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak.
3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

MENGINGATI ALLAH.... yakinlah


Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila
mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan
sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagiorang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimasapabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepadaAllah.

Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala
senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripadaAllah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknyamereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannyaakan didapati kosong, kecewa dan hampa.