26 November, 2012

GAZA oh!!! GAZA .... keberanian anak-anak GAZA

Anak-anak Palestin..

Pernah suatu ketika seorang daripada aktivis Aqsa Syarif yang telah pergi ke Gaza dalam misi A2G bertanya kepada salah seorang warga di sana , setelah kagum melihat semangat kanak-kanak dan remaja mereka menghafaz Al Quran..

"Mengapa mereka begitu semangat menghafaz Al Quran?"


"Kerana syarat untuk menyertai Briged Al Qassam ialah hafiz 30 juzuk, anak-anak ini berlumba-lumba ingin menyertai mereka dan syahid"

# Subhanallah, itu motivasi mereka. tarbiyah bumi Gaza itu sendiri membentuk peribadi-peribadi yang cekal dan berjiwa besar.

GAZA oh!!! GAZA .... harapan semua pencinta keamanan

Good Night from Palestine!
Selamat malam dari kanak-kanak di Palestin!
Israeli F16s and warplanes may have destroyed our homes,
but they will never destroy our smiles.

AMALAN TIDUR .... nak buat macam mana

Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

-Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

-Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

-Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.

-Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

-Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

-Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

-Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

-Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.