01 November, 2011

PEMBINAAN PRASEKOLAH 12

31 okt 2011 hingga 1 nov 2011 - Kerja2 pembinaan bangunan masih pada tahap lemah kerana musim hujan bersama-sama dengan para pekerja. Oleh itu kerja banyak tertangguh. Keluhan demi keluhan terpacul dari mulut mereka mengenangkan nasib kerana target tak tercapai.

INGATAN KASIH SAYANG >>> rakan

Isnin 31.10.2011, sempat juga geng BG menyediakan hadiah cenderahati kepada rakan2 yang lahir pada bulan 10/11/12. Tanda ingatan yang seikhlas-ikhlasnya kepada semua rakan taulan. Inilah yang dituntut dalam kehidupan kita sehari-hari. 

PERIKSA Oh, PERIKSA >>> akhir tahun 2011

Minggu ini adalah minggu periksa kepada kebanyakan sekolah rendah terutama di sekolah saya. Bermulalah daripada pesanan daripada GB, G2, ibu bapa dll kepada anak2 dan murid supaya bersedia dengan fenomena ini.  Antara pesanan GB kepada warga sekolah :
1.  Ulangkaji full swing.
2.  Jawab soalan dengan tenang.
3.  Jaga kesihatan dan pemakanan.
4.  Rajin bertanya jika menghadapi masalah berkaitan mata pelajaran.
5.  Tidur awal dan bangun awal untuk lakukan solat hajat memohon kejayaan cemerlang.
6.  Hormati dan sayangi semua orang di sekeliling murid.
7.  Ikhlas dalam semua perbuatan di mana sahaja.
Cikgu doakan semoga dapat menjawab dengan
tenang dan mudah.
BETUL semua apa yang dijawab.