11 Ogos, 2011

TIPS semasa SAHUR 3

Pilihlah minuman hijau yang bermutu tinggi dan berkhasiat yang menyediakan pelbagai jenis makanan terbaik dan fitonutrien untuk membantu dalam proses nyahtoksik, membekalkan perlindungan antioksidan dan kesihatan serta meningkatkan tenaga.

TIPS semasa SAHUR 2

Buah-buahan dan sayuran kaya dengan serat, penuh dengan zat galian, vitamin dan kimia tumbuhan yang dikenali dengan fitonutrien yang boleh mencegah dan merawat penyakit. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak.

TIPS semasa SAHUR 1

Ia dapat membantu untuk mengeluarkan toksin daripada badan. Adalah penting untuk anda, juga boleh meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air (1 hingga 1.5 liter) sewaktu tempoh bersahur ini untuk penghidratan badan anda.

RAMADHAN ...sistem audit diri 10

Bagaimanakah jadual harian kita bersama keluarga, rakan kenalan atau rakan sekerja?
Apakah yang kita lakukan kepada mereka semua?
Omong kosong, diam, atau lakukan perkara yang berfaedah,
Pandai-pandailah mengatur hidup kita sehari-harian agar semuanya beroleh kemanafaatan daripada apa yang kita semua kerjakan.

RAMADHAN ...sistem audit diri 9

Sebesar manakah kasih sayang kita terhadap ahli keluarga kita?
Apakah tandanya kita menyayangi keluarga kita?
Semailah kasih sayang tanpa dipinta atau dirayu,
Semoga nanti ianya berkekalan sepanjang kehidupan kita di dunia ini.

RAMADHAN ...sistem audit diri 8

Adakah kita asyik marah walaupun dalam perkara yang remeh dan kecil?
Tanyalah diri sendiri setakat mana kita mampu mengawal kemarahan kita apabila berhadapan dengan perkara yang menjengkelkan.

RAMADHAN ...sistem audit diri 7

Sebanyak mana kita bertadarus di malam Ramadhan?
1 huruf, 1 perkatan, 1 ayat, 1 muka surat, 1 helai, 1 juzuk atau 1 al-Quran
Bacalah ayat-ayat al-Quran semampu kita, asalkan ianya ISTIQOMAH

RAMADHAN ...sistem audit diri 6

Banyakkah sedekah atau sumbangan kita kepada pihak lain?
1 sen, RM1, RM10 atau sebanyak yang diperlukan oleh mereka yang memerlukannya?
Berilah walau sebiji tamar, asalkan pemberian kita ikhlas.

RAMADHAN ...sistem audit diri 5

Banyakkah amalan kita di bulan Ramadhan sehingga tidak terbilang?
Selama 24 jam ini, apakah yang kita lakukan yang dikira sebagai amalan yang baik?
Kiralah sendiri dan simpan baik-baik untuk bekalan di akhirat.

RAMADHAN ...sistem audit diri 4

Setinggi mana kita bersabar atas perkara yang menjengkelkan kita?
Adakah setinggi semut berdiri?
Adakah setinggi kita berdiri?
Adakah setinggi Everest?
Hanya diri kita sendiri yang dapat mengukurnya. Bersabarlah atas perkara yang menjengkelkan kita.InsyaAllah kemenangan dan kebahagian akan menyebelahi hidup kita.

RAMADHAN ...sistem audit diri 3

Sehampir mana kita rasakan bahawa diri kita ini dekat dengan ALLAH?
Sejengkal, sehasta, sedepa atau sejauh mata memandang?
Dekatkanlah diri kita dengan amalan kebajikan, InsyaAllah kita akan berasa dekat dengan ALLAH.

RAMADHAN ...sistem audit diri 2

Sebanyak mana kita beristighfar dan berzikir dalam sehari semalam?
Sebanyak buih sabun di dalam besen?
Sebanyak buih di lautan?
Lakukanlah semampunya.

RAMADHAN ...sistem audit diri 1

Di manakah diri kita berada ketika melakukan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini?