19 Februari, 2012

TIDUR ... Bersediakah Kita Dengannya

Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW. Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.

15 Februari, 2012

AURAT WANITA



Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Ahzab:59)

PESANAN RASULULLAH s.a.w.

“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”

Rasulullah tersenyum sambil bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”

DHUHA .... hadirnya rezeki di mana-mana

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.

BELACAK oh BELACAK !!!

Ikan tembakul atau belacak boleh bernafas di dalam air mahupun di darat. Ia menyedut udara menggunakan insang ketika di dalam air dan menyedut oksigen dengan kulitnya apabila berada di darat.

Ikan tembakul hidup di kawasan paya bakau, yang terdapat di Asia Tenggara, Selatan China, Selatan Jepun, Utara Australia dan di kawasan Pasifik.

GAJAH oh Gajah !!!

Gajah merupakan haiwan darat yang terbesar di dunia. Haiwan mamalia ini mempunyai pendengaran yang baik dan kebolehan menghidu yang kuat. Gajah turut mempunyai sepasang telinga yang besar dan sensitif.
Keunikan gajah terletak pada belalainya yang bertindak seakan tangannya. Gajah turut menggunakan belalainya untuk mendapatkan air dan makananan. Selain itu, belalai gajah juga digunakan untuk bernafas sebagaimana manusia menggunakan hidung untuk bernafas.

Gajah mempunyai penglihatan yang lemah, ia hanya boleh melihat dengan jelas pada jarak tiga hingga enam meter sahaja.

EPAL ... cintamu pada kesihatan


Manfaat lain buah epal terhadap kesihatan ialah :

♥ Mengawal berat badan
♥ Membantu melambatkan proses penuaan
♥ Mencegah arthritis (radang sendi)
♥ Menurunkan paras kolesterol
♥ Menurunkan tekanan darah
♥ Meningkatkan HDL
♥ Menstabilkan kandungan gula dalam darah
♥ Sebagai ejen anti kanser
♥ Sebagai penawar sakit jantung

Tips Memilih Epal :

♥ Pilihlah epal yang segar dan keras, warnanya terang, serta tidak kecut.

♥Aroma dan rasa bergantung kepada jenis, tahap kematangannya semasa dipetik dan cara penyimpanannya semasa dipetik, dan cara penyimpanan buah tersebut.

14 Februari, 2012

ANTARA DOA ... untuk kebahagiaan selamanya

" Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali (di hari kiamat).
Ya Allah! Berilah pahala kepadaku dan gantilah untukku dengan yang lebih baik."


" Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amalan yang diterima (di sisi-MU dan mendapat ganjaran yang baik).

ANTARA DO'A NABI DAUD A.S : Cinta Allah


" Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon kepada MU cintaMU dan cinta orang-orang yang mencintaiMU dan aku memohon kepada MU perbuatan yang dapat membawaku kepada cintaMU,
Ya ALLAH, jadikanlah cintaMU lebih ku cintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin. "

(HRiwayat al-Tirmizi:3412)

12 Februari, 2012

10 YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI >>> Sekadar renungan

AL-KAUTHAR >>> Rahsia Di sebalik 3 Ayat

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

UMUM DIKETAHUI : 
Sila lakukan rujukan tambahan untuk memperolehi penjelasan yang lebih mendalam lagi.

05 Februari, 2012

CINTAILAH RASULULLAH….


KERANA baginda sangat menyayangi kita….
Dari Abbas r.a bersabda
“Org yang pertama dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat ialah MUHAMMAD SAW. Jibrail as akan datang kepadanya membawa seeokor Buraq. Israfil datang kepadanya membawa bendera dan mahkota.Izrail datang membawa pakaian pakaian syurga.
Israfil bersuara:
“Wahai roh yang baik ! kembalilah ke tubuh yang baik”
maka kubur terbelah dua.
Pada seruan yang kedua pula
kubur mula terbongkar.
pada seruan yang ke3
Ketika Rasulullah saw berdiri.. Baginda telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda saw. Baginda saw melihat kanan dan kiri. Baginda dapati tiada lagi bagunan lalu Baginda menangis sehingga mengalir lah air matanya ke pipi.
Baginda bersabda:
Kekasihku Jibrail as ! Gembirakalah aku..
Jibrail as berkata “Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?
Baginda bersabda :
“Bukan seperti itu maksud pertanyaanku..”
Jibrail as berkata :
“Apakah kamu tidak dapat melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”
Baginda bersabda :
“Bukan itu maksud pertanyaanku”
Baginda bersabda :
“Aku bertanya kepada mu akan UMATKU…Di mana perjanjian mereka..?”
Baginda bersabda :
“Nescahaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini.. Aku akan mensyafaatkan UMATku..”
Jibrai as menyeru :
” Wahai sekalian makhluk!! Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah swt..”
Umat2 datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan.
setiap kali Nabi MUHAMMAD akan bertanya…
“Dimanakah UMAT ku?”
Jibrail as berkata :
“Wahai MUHAMMAD SAW.. umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila Nabi isa datang
Jibrail as menyeru
“tempatmu”
Maka Nabi isa as dan jibrail as menangis .
Nabi MUHAMMAD SAW berkata :
“Mengapa kamu menangis..Dimana Umatku?”
Jibrail berkata :
“Mereka semua telah datang . Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian nabi MUHAMMAD SAW menangis lalu bertanya
“Wahai Jibrail ! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibrail as berkata :
” Lihatlah mereka wahai MUHAMMAD SAW..”
Nabi MUHAMMAD SAW bertemu dengan umatnya yang berdosa.
Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru
” Wahai MUHAMMAD SAW…..”
Nabi MUHAMMAD SAW bersabda :
” Wahai Umatku……”
mereka berkumpul di sisinya.. Umat2nya menangis.
Allah Taala berfirman
“Di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi..
dimana umat MUHAMMAD SAW..”
Jibrail as berkata :
“Mereka adalah sebaik umat..”
Allah Taala berfirman :
“Wahai Jibrail ! Katakanlah kepada kekasihku MUHAMMAD SAW.. umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanku.”
Jibrail as kembali di dalam keadaan menagis lalu berkata :
” Wahai MUHAMMAD SAW..Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala”
Nabi MUHAMMAD SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata :
“Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala..”
Allah Taala berfirman :
“Pada hari ini kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan,,Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu..dan Aku akan mengangkat sesiapa yang menderhaka terhadapKu..”
Suara dan jeritan dan tangisan semakin kuat..
Nabi MUHAMMAD SAW menyeru..
“Tuhan!! penciptaku..penghuluku…..Aku tidak meminta untuk diriku sesungguhnya aku meminta umntuk umatku dariMu..”
ketika itu juga Neraka Jahanam berseru
“siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka berseru :
“Wahai tuhanku!!Pengusahaku!!Penghuluku..selamatkan lah MUHAMMAD SAW dan umatnya dari siksaanya..selamatkan mereka dari kepanasanku..bara apiku..penyiksaanku..dan azabku..sesunggunya mereka adalah umat yang lemah..mereka tidak dapat tahan dengan siksaan.
Air mata nabi MHAMMAD SAW telah hilang dan kering dari pipinya..
Baginda bersujud dihadapan arsy Allah…
Sekali lagi baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya..
Para nabi melihat keluh kesah dengan tangisanya
Meereka berkata
“Maha suci Allah..Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat keadaan umatnya..
Fatimah pernah bertanya
“Dimanakah aku ingin mendapatkanmu pada hari kiamat nanti wahai bapaku”
Baginda menjawab :
” kamu akan menjumpai aku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku..”
Tatkala umat MUHAMMAD saw sedang mencari mimbar nabi MUHAMMAD SAW untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat,
Mariam, Aisyah,Khadijah dan Fatimah sedang duduk.
Ketika Mariam melihat umat nabi MUHAMMAD SAW..dia berkata :
“Ini umat NABI MUHAMMAD..mereka telah sesat dari nabi mereka.”
suara mariam telah didengari oleh nabi adam..
nabi adam berkata kepada nabi muhammad..
“ini umatmu wahai muhammad..mereka berkeliling mencari mu untuk meminta syafaat kepada Allah taala.”
Nabi MUHAMMAD saw menjerit dari atas mimbar lalu bersabda :
“Marilah kepada ku wahai umatku wahai sesiapa yang beriman yang tak pernah melihatku..Aku tidak pernah lari daripada kamu melainkan aku sentiasa mohon kepada Allah ”
Umat nabi MUHAMMAD SAW berkumpul di sisinya.
Ketika di pangkal sirat
Nabi MUHAMMAD SAW bersabda kepada malaikat malik :
“Wahai Malik.. dengan kebenaran Allah Taala..palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi..jika tidak mereka akan gementar apabila melihatmu.”
Nabi MUHAMMAD SAW berhenti di atas sirat .
Setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat .
Baginda akan menarik tanganya dan membangunkanya kembali ..
Nabi Muhammad berkata…
“Ya Tuhan…SELAMATKAN MEREKA..SELAMATKAN MEREKA..SELAMATKAN MEREKA”
“Tuhan..SELAMATKANLAH MEREKA …SELAMATKANLAH MEREKA..SELAMATKANLAH MEREKA.

kredit: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/mencintaimu-sepertimana-kau-mencintaiku/#ixzz1lWVYnL4T