26 Oktober, 2012

TERKINI MASJIDIL HARAM .... masuk waktu maghrib

KAABAH ..... mengerjakan tawaf

Jenis-jenis tawaf adalah seperti berikut:-
1.    Tawaf Ifadah (Rukun) ialah tawaf bagi mereka yang balik dari Arafah iaitu tawaf rukun bagi mereka yang mengerjakan haji (dinamakan tawaf rukun umrah bagi mereka yang mengerjakan umrah)

2.    Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang ke Mekah mengunjungi Baitullah bagi mereka yang mengerjakan haji ifrad dan haji qiran disunatkan tawaf qudum,
3.    Tawaf sunat iaitu tawaf biasa yang dilakukan pada bila-bila masa yang disukai.
4.    Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal) ialah tawaf yang wajib dilakukan apabila seseorang itu hendak meninggalkan Mekah kerana menghormati dan memuliakan Baitullah Al-Haram.

MINA ..... melontar jamrah




SALAM AIDILADHA ..... memenuhi tuntutan korban

Firman Allah :

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ

Ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. 

(Al-Hajj : 37)

10 ZULHIJJAH .... terkini dari Masjidil Haram