11 Disember, 2012

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 7

Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 6

Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 5

Aku yang menyempitkanmu hingga hancur bila mana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 4

Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 3

Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 2

Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI.

PETANGKU BERSAMAMU .... nasihat kubur 1

Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

RENUNGAN PETANG .... rumah yang selesa

i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

          a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
          b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
          c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
          
         d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.


ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

BIJAKSANA ..... hati yang suci

1. Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Ia merupakan ibadat yang tidak hanya tertumpu pada lidah sahaja tetapi juga dengan hati dan seluruh anggota badan. Malah apa sahaja perbuatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengingati-Nya adalah termasuk dalam konteks zikirullah.
2. Zikir adalah amalan yang boleh menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani dan mengundang rahmat Allah. Sebaliknya orang yang jiwanya sering lalai daripada mengingati Allah, mata hatinya akan buta dan kehidupannya menjadi sempit dan mudah tertekan.
3. Orang yang selalu berzikir akan mudah terdorong untuk melakukan kebajikan dan tercegah daripada kemungkaran. Ini disebabkan ia merasai bahawa Allah sentiasa bersamanya dalam setiap amalan yang dikerjakan.

MENUNTUT ILMU .... ilmu yang baik-baik sahaja

i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain
b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ˜bodoh sombong' maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan.