21 Mei, 2013

REZEKI BERTAMBAH ....esokkah?

HATI @ MUKA .... mana lebih afdhal

"Aku Hairan Melihat Manusia Sering Menyuci Wajahnya. TAPI kurang Menyuci hatinya"

Benar kata Imam Ghazali, sekarang ramai yang lebih menjaga muka, kerana muka tempat Pandangan Manusia, tapi sikit yang menjaga Hati kerana ianya tempat Pandangan Allah.

maka kita sekarang di mana?

golongan yang sering membersih Muka ? atau golongan yang selalu membersih hati ?

Barangsiapa yang menjaga Hatinya, maka Allah akan jaga pandangan Manusia terhadapnya

MALAM YANG GELAP. ...... usah harapkan semua orang


SENANG HATI .... cukup senang


19 Mei, 2013

HARI NAKBAH ..... 65 tahun berlalu

Memperingati Hari Nakbah | 15 Mei 1948       

65 tahun yang lalu lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan harta benda, ladang pertanian dan perniagaan mereka.

Pengganas Israel telah menghalau rakyat Palestin keluar dari tempat tinggal mereka dan pendatang-pendatang Yahudi diarak masuk terus ke rumah-rumah milik rakyat Palestin.

65 tahun telah berlalu, sehingga ke saat ini rakyat Palestin tidak pernah berputus asa dalam perjuangan mempertahankan tanah suci milik umat Islam.

Ayuh rakyat Malaysia sama-sama memperkasa Ummah dan membebaskan Al-Aqsa.

Sesungguhnya kemenangan semakin hampir. Kita pasti akan bersujud di dalam Masjidil Aqsa secara mulia kelak!

HARI NAKBAH .... nasibmu Palestin

Apakah itu Hari Nakbah? 

15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 65. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin. Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

RENUNGAN PAGI .... sesal dahulu pendapatan


16 Mei, 2013

HARI GURU .... keriangan mewarnai suasana

HARI GURU bukanlah Hari Perayaan. Ia merupakan satu noktah untuk guru menilai dan bersyukur atas apa yang telah ia lakukan. Perbaiki diri sekiranya masih ada kekurangan. Bertaubat sekiranya ada kecurian. Bersyukur sekiranya telah melakukan yang terbaik. Memohon diberkati segala rezeki yang telah dan akan diterima.

HARI GURU ...... ingatan kami semua

15 Mei, 2013

PERTEMBUNGAN .... pilih mana satu

Jika anda tidak mampu beli roti, sila ambil secara percuma. Itu yang berlaku di Arab Saudi. Rezeki tak pernah kurang, Allah tambah lagi...orang kita di sini ada yang dah kaya raya takut hilang kuasa hilang rezeki. Menipu lagi untuk kekal kaya raya kekal kuasa.

Allah berfirman;

“Orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga.”
(QS 65:3)

SETAN DURJANA .... usah ikut

Firman Allah, 
“Dan berkatalah syaitan setelah selesai perkara itu. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiada bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu yang menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi SALAHKAN DIRI KAMU SENDIRI. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan-Nya.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” 
(Ibrahim : 22)

NAK TAHU .... bacalah sendiri

Tahukah anda walaupun kita hanya tidur selama 24 jam kita telah bergerak sejauh 2.5 million km ,..

Kenapa???

Bumi bergerak mengelilingi matahari sejauh 2.5 million km..

14 Mei, 2013

OPSYEN PAGI ....doa untuk anak


OPSYEN PAGI .... Oh Guruku!!!


                                      Selamat Hari Guru.......                                                                        
Pengorbanan anda mungkin tidak seberapa, 
tetapi dilihat besar oleh anak murid.
Walau sedikit masa yang diluangkan,
yakinlah, tetap berbekas di jiwa mereka,
Kerana yang kita hadap itu, adalah ahli-ahli syurga
dan belum berdosa.
Semoga Allah juga mengganjari kalian guru-guru
yang menjaga amanahnya
dengan syurgaNya.

OPSYEN PAGI .... doa

doa pagi ini                                                                                      

Ya Allah Ya Tuhan Kami ,
Kami Bersyukur Kerana Diberi Peluang Untuk Beribadah KepadaMu Sekali Lagi ,
Ampuni Dosa2 Kami ,Berkati Hidup Kami ,Berkati Rezeki Kami ,Semoga Kami Memperolehi Rezeki Yang Halal ,
Jauhkan Kami Dari Segala Musibah ,Bencana ,Bala Yang Mendatang Ya Allah ,
Tabahkan Kami Untuk Menerima UjianMu ,
Sesungguhnya Kami Adalah HambaMu Yang Lemah .

Ya Allah ,
Berikan Kami Kerajinan Untuk Beribadat KepadaMu ,
Jauhkan Sikap Malas Dalam Diri Kami Ini ,
Perkayakan Kami Dengan IlmuMu Ya Allah ,
Moga Kami Dapat Ke SyurgaMu .

Aamin Ya Rabbal Aalamin ~

OPSYEN PAGI .... padanya Rejab

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan”. 
(diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Syua’aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).

OPSYEN PAGI .... renungkanlah

Apakah perkara begini yang berlaku di tempat anda ?muhasabah diri......

13 Mei, 2013

OPSYEN PAGI .... ingatan Ramadan

Ramadhan sedang menanti kita semua. Semoga Allah panjangkan umur kita supaya dapat bersama dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

OPSYEN PAGI .... manusia yang cerdik

Setiap yang hidup akan merasai mati.Marilah kita sama-sama bertaubat. Mohon pada Allah semoga kita mati dalam keimanan.

OPSYEN PAGI .... barakah

Walaupun gaji besar, tapi duit masih tak cukup2. Mesti ada yang tak kena tu, jom sama-sama kita muhasabah..

09 Mei, 2013

REJAB MENJENGAH LAGI ..... membawa hikmah yang tersembunyi

1 Rejab bersamaan Sabtu 11 Mei 2013

Adalah malam 1 Rejab..
Imam Syafiie Rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar.

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT. InsyaAllah.