17 Mei, 2011

Detik Terakhir Rasulullah Sebelum Wafat



Tonton la video ini.. anda mungkin menangis..

UMRAH - Ambil Mudah vs Ambil Berat

Permasalahan yang selalu berlaku semasa mengerjakan umrah di tanah suci ?

Pergi mengerjakan umrah tanpa belajar,hanya sekadar membaca buku dan menonton cd umrah sahaja.

Pergi mengerjakan umrah dan pergi mengerjakan haji sangat berbeza. Selalunya orang yang mahu pergi mengerjakan haji akan belajar dengan tekun cara-cara mengerjakan haji, sedangkan untuk pergi mengerjakan umrah,mereka hanya belajar sekejab sahaja tanpa bimbingan. Kursus bimbingan haji sering diadakan di masjid-masjid sedangkan kursus mengerjakan umrah jarang diadakan. Oleh itu sesiapa yang ingin mergerjakan umrah,belajar dengan orang yang arif tentang mengerjakan umrah walaupun pergi dengan kumpulan travel agency.

Ini adalah kesalahan dan kesilapan yang sering berlaku. Pergi kesana tanpa persediaan yang secukupnya.
Ingatlah jika umrah tidak sempurna dan ada pantang larang yang tidak dipatuhi,ia akan mengakibatkan
masalah lain lagi, walaupun mengerjakan umrah adalah sunat(kecuali yang pertama adalah wajib).

TRIP BALIK KAMPUNG

Cuti Hari Wesak 2011 kami sekeluarga balik kampung kat Parit Lapis Semarang. Jengok ibu di kampung. 



Balik kampung ni macam biasa la. Relek kat bawah pokok hirup udara segar di tengah hari yang panas terik. Lepas tekanan kerja katakanlah.

PRAKTIKAL UMRAH 2011

Hujung minggu 15 MEI 2011 jam 7.30 pagi kami seramai 22 orang menjalani latihan mengerjakan UMRAH di bawah bimbingan Ustaz Hj.Amin Mesran di perkarangan rumah beliau. Lega rasanya dapat menjalani latihan untuk persiapan menghadapi situasi sebenar UMRAH pada 1 JUN 2011 nanti.

Praktikal Umrah Slideshow: RADZUAN’s trip to Parit Raja (near Yong Peng), Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Yong Peng slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.