03 Oktober, 2012

SEMUT ....

      Usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam.
      Bagi sesiapa yang melakukannya akan dilimpahkan rahmat oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan para malaikat dan sekalian makhluk di langit dan di bumi, semuanya berdoa untuknya agar Allah memberikan balasan yang sebaik-baiknya

PUJIAN IKHLAS .... mengingati-NYA


Rasulullah saw. bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan 
سبحان الله و بحمده 
(SUBHA NALLAHI WA BIHAM DIH) 
(Maha Suci Allah dan segala pujian bagi-Nya) dalam satu hari seratus kali, nescaya dihapuskan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.” 
[HR. Bukhari dan Muslim]

Nabi saw. bersabda, 
"Ucapkan tasbih سبحان الله و بحمده 
(SUBHA NALLAHI WA BIHAM DIH) 
seratus kali, niscaya akan dicatat baginya seribu kebaikan dan dihapus baginya seribu keburukan." 
(HR. Muslim)

NAK JADI APA .... kelebihan orang baik

Terdapat tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu :

a)    Sentiasa menjaga tingkahlaku kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang dilakukan oleh hamba-Nya. Bahkan setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan atau ditimpa celaka dalam hidupnya.

b)       Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih sayang dalam masyarakat.

c)     Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal di kemudian hari.

PANGGILAN HAJI .... tibanya dinanti perginya ditangisi

Jom sama-sama "amin" kan doa ini :

Ya Allah , Ya Tuhan Kami, izinkan lah kami menjejakkan kaki kami ke Tanah Suci-Mu yang penuh mulia ini .... 
amiiin ...

1.  Allah S.W.T telah memfardhukan ibadat Haji pada tahun kesembilan hijrah.


2. Orang yang mengerjakan haji dengan ikhlas dan sempurna dan menjauhi diri daripada melakukan maksiat dan dosa, nescaya ia bersih dari segala dosa sepertimana ia baru dilahirkan.

3. Ibadat haji merupakan amalan suci yang menguji kekuatan iman seseorang hamba kerana ia berkait rapat dengan pengorbanan harta benda, tenaga, nyawa dan sebagainya.


4. Umat Islam yang mengerjakan ibadat haji hendaklah mengerjakannya dengan penuh ikhlas kerana Allah S.W.T di samping berdoa kepada Allah agar haji yang dilakukan itu diterima oleh-Nya.