26 Mei, 2012

ANTARA 5 YANG BOLEH MENGUBAH .... untung rugi hidup di dunia


Di dalam Kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa Membaca Selawat kepada Nabi s.a.w. mengandungi Sepuluh Faedah dan Mendatangkan Kemuliaan, iaitu:
1..Memperolehi Selawat dari Allah.
2..Memperolehi Syafaat dari Nabi Muhammad.
3..Mendapat Pimpinan dari Malaikat yang baik-baik.
4..Menghapuskan Dosa.
5..Mendapat Pertolongan
6..Tercapai keperluan hidup.
7..Mempunyai pembeza dengan orang Munafik dan Kafir.
8..Memperolehi Nur Zahir dan Batin.
9..Mendapat keselamatan dari Azab Neraka, membolehkan memasuki Syurga.
10..Memperolehi Ucap Selamat dari Allah Swt

Menurut Para Ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadith, membaca Selawat kepada Nabi Muhammad Saw akan memperolehi 30 Faedah yang amat besar. 
Di antaranya ialah memperolehi limpah Rahmat dari Allah, ditulis Sepuluh Kebajikan, dihapuskan Sepuluh Kesalahan, diangkat Sepuluh Darjat, memperolehi Kesempurnaan Iman, memperolehi Syafaat Nabi Muhammad Saw dan termasuk yang lain-lain lagi.

Tiada ulasan: