07 November, 2011

AIDIL ADHA <> Menggamit 1001 Kenangan

Bagi mereka yang telah menjejakkan kaki ke Tanah Suci, setiap menjelang Aidil Adha akan terbuka kotak fikiran mengimbau masa-masa ketika berada di Tanah Suci.
UMAT Islam seluruh dunia mula membanjiri Padang Arafah bermula selepas gelincir matahari Zohor di Makkah hari ini. Wukuf bermula 9 Zulhijah bersamaan 5 November berlangsung selama lima hari. Kelihatan lautan umat membanjiri berhampiran Masjid Namirah dekat Arafah. 
MEKAH - Suasana hening di bumi Arafah di sini langsung tidak mencerminkan perhimpunan kira-kira tiga juta umat Islam dari seluruh dunia untuk berwukuf, yang menjadi salah satu rukun dalam ibadat haji, tengah hari semalam.
SEJUMLAH besar jemaah melalui laluan untuk melontar jamrah di Mina, dekat Mekah semalam.

Tiada ulasan: