19 Oktober, 2011

PANAHAN P E T I R >>> Fenomena Alam Perenggut Nyawa

Tahap kesedaran masyarakat terhadap bahaya petir amat rendah. Malaysia adalah negara panahan petir ketiga tertinggi di dunia.

Maklumat lanjut mengenai risiko petir dan langkah keselamatan di http://kilatmalaysia.blogspot.com/


LAGI !!!

Remaja maut dipanah petir
PENDANG: Seorang remaja lelaki maut dipanah petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa, kira-kira 500 meter dari rumahnya ketika hujan di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun di sini, petang semalam.

Kejadian pada jam 6.15 petang itu menyebabkan Mohd Helmi Omar, 17, mati di tempat kejadian.

Mohd Helmi dikatakan keluar rumah kira-kira pukul 4 petang untuk membantu bapa saudaranya di sawah dan pulang satu jam setengah kemudian sebelum keluar semula pada jam 6 petang semasa hujan untuk melihat bapa saudaranya di sawah.

"Tidak lama kemudian abang saya pulang memberitahu Mohd Helmi terkena petir di bawah pokok kelapa," kata bapa remaja itu, Omar Daud, 45, kepada Bernama ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Yan.


Sumber : http://www.hmetro.com.my 19.10.2011

Tiada ulasan: