24 Oktober, 2011

JALAN ke SYURGA >>> Mudah @ Sukar

بسم الله الرحمن الرحيم 
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Untuk para pembaca yang dikasihi ...

Inilah kisah puteri Rasulullah s.a.w. (Fatimah Azzahra'), ketika mana beliau berkahwin dengan Ali bin Abi Thalib. Beliau menguruskan rumah tangganya dengan memasak, mengisar gandum sehingga menjadi tepung dan seterusnya membuat roti ,sehinggakan tinggal kesan-kesan luka pada tanganya akibat terlalu berat kerja yang dilakukan'maka pada suatu hari beliau datang berjumpa bapanya (Rasulullah S.A.W) dan mengadu apa yang dialami dan meminta diberikan seorang khadam untuk membantunya dirumah dan

Nabi berkata: 
"Fatimah adalah sebahagian dariku apa yang dialaminya seperti aku yang mengalaminya."

Maka Rasulullah berkata padanya:
"mahukah kamu jika aku tunjukkan perkara yang lebih baik dari itu ……..ketika kamu mahu tidur bertasbihlah sebanyak 33 kali,bertahmid 33 kali,dan bertakbirlah 33 kali, sesungguhnya zikrullah tersebut lebih baik bagimu dari seorang khadam "

Apa yang dimaksudkan Rasulullah ialah zikrullah memberimu kekuatan jiwa dan membantumu menanggung segala penderitaan hidup dan Allah akan senantiasa bersamamu.

Mari kita sentiasa mengingati Allah ... JANGAN JEMU @ BOSAN


Tiada ulasan: