24 Oktober, 2011

DUA PUSINGAN >>> Simoncelli temui ajal

MALANG...kombinasi kemalangan yang mengakibatkan
Simoncelli maut di Litar Sepang, semalam.
TIDAK sampai dua pusingan dilangsungkan, perlumbaan kategori MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia semalam bertukar menjadi tragedi ngeri apabila penunggang Itali, Marco Simoncelli mengalami kemalangan maut.

Simoncelli, 24, mengalami kemalangan pada pusingan kedua dan dilanggar oleh jentera ditunggang Colin Edwards dan Valentino Rossi ketika dia terseret ke tepi litar dengan jentera Honda miliknya.Topi keledarnya tercabut dalam kejadian itu dan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang itu diberhentikan dengan bendera merah dan kemudiannya dibatalkan terus.

Edwards dari pasukan Yamaha turut mengalami kemalangan tetapi tidak mengalami kecederaan serius, manakala Rossi mampu untuk meneruskan tunggangan bersama jentera Ducati.

AJAL & MAUT ... hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Tiada ulasan: