23 Jun, 2011

SELAMATKAN AL-QURAN 7 ... Mesin Insinerator

Kos mesin ini dianggarkan
60 ribu ringgit
Mesin Insinerator yang digunakan untuk membakar carikan kertas yang telah dikumpulkan menggunakan teknologi daripada Jerman. Walaubagaimapun, mengikut En.Rahmat mesin ini dibina di Bandung, Indonesia kerana kos pembinaannya lebih murah dan mudah dipantau. Kos dianggarkan RM60,000.00 seunit.




Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius. Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.

Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu. Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. 

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu. 

Canggih dan moden tanpa mengeluarkan
jerebu ke udara
Ruang untuk memasukkan cebisan kertas
ketika suhunya tinggi


Tiada ulasan: