23 Jun, 2011

SELAMATKAN AL-QURAN 5 ... Proses pilih dan asing ayat suci Al-Quran

En.Rahmat menunjukkan proses pelupusan ayat-ayat suci Al-Quran dimulakan dengan memilih bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran dan seumpamanya yang bercampur aduk dengan tulisantulisan lain. Setelah selesai proses pengasingan, bahan yang tergolong dalam ayat-ayat suci, ianya akan disimpan di tempat yang dikhaskan sebelum melalui proses selanjutnya. Proses pengasingan ini dijalankan dengan begitu teliti sekali kerana bagi mengelakkan bahan yang mengandungi tulisan yang berkaitan dengan ayat suci terlepas daripada pengasingan.
En.Rahmat melakukan demontrasi cara memilih dan mengasingkan bahan
yang mengandungi tulisan ayat-ayat suci Al-Quran.
Bahan yang telah dipilih akan dimasukkan ke dalam 2 buah bekas
berasingan yang melibatkan ayat-ayat suci Al-Quran dan bukan ayat suci Al-Quran. 

Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

Cerita dan luahan rasa PELOPOR Pelupusan Ayat Suci Al_Quran di Malaysia

Malah, pengalaman Pengerusi Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, menyaksikan sendiri naskhah al-Quran dilonggokkan bersama buku lain di pusat pengumpulan barangan kitar semula miliki bukan Islam, menjadi antara titik tolak kewujudan syarikat itu pada 2008. “Terkejut dan sedih apabila melihat al-Quran dibiarkan bersepah di pusat kitar semula dan ini menyedarkan saya mungkin ramai tidak tahu bagaimana hendak melupuskan al-Quran. Orang dulu akan bakar tetapi timbul juga persoalan selepas dibakar nak buat macam mana pula?“Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut. Itu yang terlintas di hati saya untuk membantu mereka yang ingin melupuskan al-Quran terutama yang sudah lama dan koyak. “Selain itu, saya ingin pastikan keagungan ayat Allah dipelihara dan cara saya ialah menyediakan kemudahan mengumpul dan membakar al-Quran supaya umat Islam tidak lagi membiarkan ayat al-Quran begitu saja,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurut Rahmat, pihaknya sentiasa mengalu-alukan bantuan orang ramai untuk memastikan al-Quran yang sudah buruk, tidak berkulit dan terkoyak tidak diaibkan dengan dibiarkan begitu saja.Sebagai usaha menyelamatkan serta memelihara kesucian kalimah Allah, beliau dan keluarga memulakan usaha mengumpul al-Quran, buku teks, Yasin, risalah, akhbar mengandungi surah dan cebisan al-Quran. Hatta, kad jemputan kahwin yang ada kalimah Allah turut dikumpulkan.

Tiada ulasan: