18 Jun, 2011

PINTU BABUS SALAM

Doa Ketika Melalui Babus Salam
" Dengan nama Allah dan di atas agama Rasulullah ya Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku ke pintu kebenaran ya Tuhanku, berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku. Ya Allah ya Tuhanku selawat dan rahmat ke atas Junjungan Nabi Muhammad dan keluarganya. Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu padaku dan masukkan daku ke dalamnya wahai Tuhan yang Amat Mengasihani".

Selepas masuk ke dalam masjid hendaklah seelok-eloknya ke RAUDHAH ( ditandai tiang-tiang berwarna putih ) Kelebihan tempat ini telah dinyatakan oleh junjungan kita dalam beberapa hadith, di antaranya ialah yang bermaksud :

" Tempat yang di antara rumahku dan mimbarku ialah satu taman daripada taman-taman syurga."
Mimbar Nabi .... RAUDHAH ada di bawahnya
Pintu Babus Salam

Makam Nabi, Syaidina Abu Bakar dan Syaidina Umar


Pintu Babul Baqi' ... pintu keluar untu menuju ke Tanah Perkuburan Al-Baqi'

Tiada ulasan: