18 Jun, 2011

PERJALANAN UMRAH 2011/9

Miqat di Masjid Ja'aranah

Bersama ahli rombongan mengambil miqat umrah dan singgah sebentar di Jabal Rahmah yang mempunyai 1001 keistimewaan. 




Jabal Rahmah, Bukit Pertemuan

BELUM puas rasanya jika ke Tanah Suci ini tidak singgah di Jabal Rahmah, bukit yang ada di sekitar Padang Arafah. Di bukit itulah Adam dan Hawa bertemu kembali setelah berpisah beberapa tahun lamanya. Sampai kini, bukit ini masih berbentuk batu-batan dengan sebuah tugu monumen di puncaknya. Banyak jemaah yang naik ke bukit ini.
Jabal Rahmah yang bererti bukit penuh rahmat, selalu dipenuhi jemaah kerana mempunyai sejarah penting dalam Islam.
Dikisahkan, di bukit inilah Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi. Konon, di tempat ini merupakan tempat terbaik untuk berdoa meminta jodoh.
Dikatakan, apabila seseorang berdoa di atas bukit ini untuk meminta pendamping hidup, nescaya doanya dikabulkan Allah. Wallahualam. Sayangnya, kekhusyukan jemaah yang berdoa sedikit terganggu oleh jurugambar  dan peniaga yang sibuk menjajakan barangan yang beraneka jenis.





Di kaki bukit, banyak unta yang telah dihiasi dengan pelbagai hiasan kelihatan untuk dijaja oleh tuan punya unta tersebut. Unta yang dihiasi bunga berwarna-warni begitu mengghairahkan, bersedia untuk dinaikki pengunjung dan mengambil gambar bersama. 

Selesai lawatan di Jabal Rahmah, terus menuju ke Masjid Ja'aranah untuk mengambil miqat Umrah kira-kira jam 10.30 pagi.




Keletihan selepas melakukan saie .... duduk atas batu-batu di Marwah selepas bertahallul

Tiada ulasan: