22 Disember, 2011

JOM !!! Jalan-jalan & Shoppe >>> Bandar Universiti, Skudai

Sempat juga mereka menyiapkan puzzle yang diberi sambil menikmati meal yang dipesan.

21 Disember, 2011

KESEMPATAN TAK TERDUGA >>> JOM !!! Ke Masjid

Sambil menunggu isteri selesai menduduki peperiksaan akhir semester ke berapa tak pasti... sempat juga shoot beberapa keping gambar Masjid Dato' Bentara Luar, Batu Pahat. Guna samsing eh !! samsung galaxy S.
hasil yang tercipta 100% daripada Samsung Galaxy S tanpa sebarang pengeditan.

20 Disember, 2011

MUSYTARI >>> nak tahu ?

Planet Musytari adalah planet yang terbesar dan mempunyai paling banyak jisim. Planet ini mungandungi 71% semua jirim di bumi dan ketumpatan di Musytari adalah 1/3 lebih besar dari air.

Secara kasarnya. bumi adalah 4 kali lebih tumpat dari Musytari. Ini berdasarkan komposisi Musytari yang mengandungi hidrogan dan Helium. Pada permukaan dalamnya pula terdapat kandungan hidrogen cecair dan di dalam terasnya terdapat kandungan unsur-unsur berat seperti batu, besi,nikel dan silikon.


19 Disember, 2011

DEMI MASA >>> Ingat 5 Sebelum 5


Nabi SAW bersabda, maksudnya : 
"Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya," 
(HR : Jabir RA)

Setiap perbuatan akan dibalas setimpal dengan segala perkara yang dilakukan. Sekiranya sewaktu hidup di dunia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang, pasti ganjaran pahala sedia menanti. Sebaliknya, jika perbuatan-perbutan keji yang menjadi amalan hidupnya, catatan dosa pula sedia menanti. Ajal maut adalah ketentuan ilahi. Tidak terawal, atau terlewat, walaupun sedetik. Insya-Allah pintu taubat masih terbuka, selagi nyawa belum sampai ke halkum. Sekiranya seseorang mati dalam keadaan beriman, dibangkitkan kelak dalam kedaan gembira. Sebaliknya, apabila mati dalam keadaan derhaka, pasti dibangkitkan dalam keadaan mendukacitakan. Setiap orang dibangkitkan mengikut amalan masing-masing.

Sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith

18 Disember, 2011

NISBAH PANAS API DUNIA & API NERAKA


Dari Abu Hurairah r.a, rasulullah s.a.w bersabda :
Apimu di dunia ini sepertujuh api neraka. Ada seseorang berkata:Keadaannya sudah mencukupi. Baginda bersabda:'Ditambah lagi dengan enam puluh sembilan kali panasnya dari api neraka. 
(HR al-Bukhari)

Ia (neraka) mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu). 
(al-Hijr :44)

Diriwayatkan bahawa ketika Jibril turun membawa ayat di atas tadi, Nabi s.a.w memintanya untuk menjelaskan keadaan neraka. Jibril menjawab: "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya di dalam neraka ada tujuh pintu, jarak antara masing-masing pintu sejauh tujuh puluh tahun, dan setiap pintu lebih panas dari pintu yang lain, dan pintu-pintu itu mempunyai tujuh puluh ribu celah api. Pada setiap celah ada tujuh puluh ribu peti mati dari api, dan setiap peti berisi tujuh puluh ribu jenis azab. Demikianlah keadaan neraka. Betapa kepanasan dan azabnya begitu membara. Dengan itu selaku manusia yang beriman hendaklah kita insaf akan kedudukan kita sekarang. Dimanakah tempat kita di akhirat kelak? Syurga atau neraka, kerana sesungguhnya perjalanan akhirat itu tersangat jauh sedangkan bekalan kita teramat sedikit. Masihkah kita memandang remeh ancaman siksa neraka? Lantas membiarkan diri kita lalai dengan kesenangan dunia yang sementara ini.

Sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith