04 Julai, 2011

ISRAK MIKRAJ ... Analogi yang meragui peristiwa ini

ANALOGI SEEKOR SEMUT
Ada penjelasan logik untuk mereka yang masih meragui kesahihan perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. seperti dihujahkan cendiakawan Islam berdasarkan dalil al-Quran serta hadis dan umat Islam wajib mempercayainya. Analogi seekor semut yang dibawa dari Batu Pahat, Johor ke Bandar Melaka dan sejam kemudian pulang semula ke Batu Pahat. Tiba di Batu Pahat, semut itu kemudian bercerita mengenai perjalanannya kepada semut lain. " Membayangkan seekor semut berjalan dari Batu Pahat ke Bandar Melaka dan balik ke Batu Pahat, pasti semut lain mengatakan dia tidak waras tetapi hakikatnya semut itu ke Bandar Melaka menaiki kereta."

"Begitulah juga kepada manusia yang tidak mahu mempercayai perjalanan Israk Mikraj, mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. tidak waras." 
SEBENARNYA, ITU BAGI HATI YANG TIADA CAHAYA KEIMANAN TETAPI BAGI YANG PERCAYA KEPADA JUNJUNGAN RASULULLAH S.A.W. AKAN MENGIKUT DAN MEMATUHI SUNNAH BAGINDA.
Anda yang membaca analogi ini macam mana, pilihan di tangan anda sendiri !!!!

ISRAK MIKRAJ ... peringatan untuk umat manusia

Walaupun kisah ISRAK MIKRAJ saban tahun sering diperdengarkan ketika sambutan dijalankan, terutama pada kisah-kisah pertemuan Nabi Muhammad s.a.w. dengan golongan tertentu sepanjang perjalanan ke langit namun ia tidak pernah jemu didengar. Ia terus relevan dengan kehidupan seharian umat manusia di dunia selain sebagai peringatan supaya sentiasa bermuhasabah diri ke arah membina jati diri Muslim yang kukuh dan jitu.
Selain pensyariatan solat fardu yang terus secara langsung diterima daripada Allah, banyak lagi peristiwa yang mengandungi pengajaran yang boleh dijadikan landasan umat Islam yang ditemui oleh Nabu Muhammad s.a.w. Antaranya ialah :
1.  Nabi jumpa umat manusia yang memiliki wajah bersinar-sinar dan berjumpa orang jahat yang hodoh rupanya. Adakah seperti di dalam gambar di bawah?
2.  Nabi juga nampak orang yang memikul batu dalam bakul di belakang badannya dan terus memasukkan batu walaupun sudah hampir bongkok.Apabila ditanya, Jibril a.s. berkata, "Itulah mereka yang di dunia ini berani memikul amanah sedangkan dia tidak mampu sebenarnya." Justeru itu, bagi mereka yang tidak berdaya memikul amanah jangan terlalu tamak mahukan jawatan dan kuasa kerana dikhuatiri akhirnya akan gagal memikul tanggungjawab yang diamanahkan. 
Ini hanya beberapa peringatan yang dapat dinukilkan, sebenarnya masih banyak lagi peringatan yang perlu umat manusia renungi dan fahami agar keimanan bertambah meningkat dari masa ke semasa. 
Begitu juga sikap manusia hari ini yang suka menzalimi diri berdasarkan kepada dalil al-Quran. Firman Allah yang berbunyi :



03 Julai, 2011

KETULUSAN HATI .... ketika bermunajat

Daripada Abu Hurairah RA katanya : 
Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman : Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah Aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada mu dengan mengerjakan (amalan-amalan) nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya yang dengannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, Aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya."
(Riwayat Bukhari)


1) Wali adalah hamba-hamba Allah yang ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah SWT semata-mata kerana Allah SWT. Ini tersebut dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati. Iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan dalam kehidupan di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar." (Yunus: 62-64)
2) Apabila hati penuh dengan kebesaran Allah SWT maka dihapuskan apa yang selain darinya. Dia tidak akan berbicara melainkan dengan zikir kepada Allah, tidak mendengar melainkan tentang Allah SWT, tidak melihat melainkan tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
3) Setiap orang yang menyakiti wali Allah, contohnya seorang yang fasik memusuhi wali disebabkan sentiasa menegahnya daripada melakukan kejahatan dan maksiat, maka Allah SWT akan memusuhinya. Ini disebabkan seorang wali merupakan mereka yang benar-benar mencintai Allah dan sentiasa menghampirkan diri pada-Nya maka sebagai balasannya Allah akan memeliharanya dan mengawasinya daripada segala ancaman yang tidak baik kerana ia seolah-olah telah menyakiti Allah juga.
4) Amalan-amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah mengerjakan perintah-perintahnya dan menjauhi larangannya serta banyak mengerjakan amalan-amalan sunat dan kebajikan. Antara doa yang selalu dibaca oleh untuk menjadikan diri kita dekat kepada Allah ialah sebagaimana doa Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hati ku, cahaya di dalam penglihatan ku dan cahaya di dalam pendengaran ku." Sesungguhnya doa seorang wali adalah mustajab.
5) Golongan wali-wali yang paling utama di sisi Allah SWT ialah para Nabi dan Rasul yang maksum disusuli pula oleh para sahabat dan mereka yang datang selepasnya.

02 Julai, 2011

LARIAN 1MALAYSIA 1MURID 1SUKAN

Larian serentak 1MALAYSIA ... SK Bukit Kuari

KETENANGAN JIWA ... satu pencarian


BERBAGAI cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.
Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur’an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.
Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.
Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.