09 Oktober, 2012

UCAPAN YANG BAIK ..... ikut keadaan sekeliling


Penggunaan istilah 'MasyaAllah' dan 'Subhanallah':

Kalimah ini diucapkan apabila kita terlihat, terbau, terdengar apa-apa yang menakjubkan bagi kita..sebagai contoh, kita terlihat satu masjid yang sangat indah, lalu kita ucapkan MasyaAllah, kerana kita kembalikan ketakjuban kita kepada makhluk (masjid) itu kepada Allah, kerana Allah yang berkehendakkan supaya masjid itu menjadi cantik.. sedangkan “Maha Agung” dalam bahasa arab ialah “Al-Adzim”,jadi Allah Maha Agung ialah Allah Al-Adzim

Perkataan MasyaALLAH bermaksud ( Seperti yang ALLAH kehendaki )
Waktu bila kita nak guna perkataan ni dan waktu bila pula kita tak perlu guna ?
Perkataan masyaALLAH ni ramai kalangan kita guna bila melihat benda tak elok macam eksiden.. tengok perkara maksiat..macam anak nakal atau berita yang tak baik.. 

Kalau melihat benda tak baik sepeti eksiden boleh sebut 'La Hawla wala kuwata illah billah (Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.)'

Ia juga boleh menjauhkan kita dari sifat hasad apabila kita melihat apa kelebihan yang ada pada org lain (kereta baru, rumah baru, kasut cantik. Lihat baby comel juga boleh sebut MasyaALLAH,, tabarakallah..comelnya baby ni.Moga -moga kita semua dalam peliharaan ALLAH dan jauh dari mata-mata yang berhasad dengki.
Wallahu'alam

[Perkongsian daripada Nor Abdullah]

Tiada ulasan: