22 November, 2012

GAZA oh!!! GAZA ..... teruskan kehidupanmu

     Ketika Hamas meraikan ‘kemenangan’ di kubu kuat mereka di Gaza semalam selepas gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia), timbul pula persoalan sejauh mana kedua-dua musuh itu mampu mempertahankan amanah itu.
          Gencatan senjata diisytiharkan selepas lapan hari Israel menyasarkan serangan ke wilayah Gaza sehingga menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.
          Sama ada Palestin dan Israel berasa lega apabila konflik yang berlanjutan lapan hari telah sampai ke penghujungnya tanpa pencerobohan berdarah Gaza, tetapi firasat di kedua-dua belah pihak bahawa gencatan senjata itu mungkin tidak bertahan lama.

Tiada ulasan: