10 Oktober, 2012

HATI YANG BUTA .... gagalnya diri melakukan perkara yang baik

Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyhur, dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada di antara mereka bertanya, mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya? Maka beliau menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..." Sepuluh perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:

► Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunai hakNya.
►Kamu mencintai Rasulullah tetapi kamu menolak sunnahnya.
►Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
►Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya.
►Kamu berkata Syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
►Kamu berkata bahawa Syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
►Kamu berkata bahawa Neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
►Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
►Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupakan keaiban sendiri.
►Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.

Tiada ulasan: