18 September, 2012

ANCAMAN PERUT ..... warna-warni teman kelaparan

APAM TEPUNG BERAS
Bahan-bahan

* 2 cawan nasi
* 2 cawan tepung gandum
* 2 cawan tepung beras
* 1 cawan brown sugar (perang)
* 3/4 cawan gula
* 2 1/2 cawan air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dengan sedikit garam

Cara-cara:

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Bahagikan kepada warna yang disukai.
5. perap selama 3 jam. (saya perap 1 jam jer)
6. masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.

Tiada ulasan: