25 Ogos, 2012

AIDILFITRI .... sekadar buah tangan pulang berhari raya

INSAN YANG LEMAH TIDAK DAPAT LARI DARI MELAKUKAN DOSA… Dosa yang dibiarkan bertambah dari semasa ke semasa amat memudaratkan…. Ia boleh mengakibatkan HATI MENJADI GELAP, HITAM, MATI DAN TERTUTUP…. Akibatnya amat SUKAR UNTUK MENERIMA KEBAIKAN, SUKAR MENDENGAR NASIHAT YANG BAIK, malah m
udah cenderung ke arah kejahatan dan kemungkaran…. Dosa juga menyebabkan CAHAYA IMAN SEMAKIN MALAP dan kabur…. Dari rajin solat kepada malas solat kemudian langsung tidak solat….. Dulu menutup aurat dengan sempurna, kini berani dedah sana dan sini….. Dulu gemar mendalami ilmu agama, kini menjadi cepat boring, jemu dan meluat bila yang berkaitan dengan agama… Na’uzubilllah…. Begitulah bahayanya jika dibiarkan dosa tanpa taubat…

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :
كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” ( Surah al-Muthaffifin: ayat 14)… Imam Hasan Al Bashri rahimahullah mengatakan, “Yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah dosa di atas tumpukan dosa sehingga boleh membuat HATI ITU GELAP dan lama kelamaan pun mati.” Demikian pula yang dikatakan oleh Mujahid, Qotadah, Ibnu Zaid dan selainnya…..

Ayat al-Quran ini dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam satu hadis yang bermaksud: “Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka terlekat dalam hatinya SATU TITIK HITAM…. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan…. Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya…. Itulah yang diistilahkan "ar raan" yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang artinya), ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka’.” (Riwayat al-Tirmizi, dihasankan oleh al-Albaniy)….

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa DOSA YANG DILAKUKAN SECARA BERTERUSAN TANPA TAUBAT, akan menyebabkan hati seseorang itu tertutup rapat… Manakala seseorang yang melakukan dosa, kemudian dia bertaubat maka titik HITAM yang yang terlekat sebelum itu, akan dibersihkan dan hatinya menjadi bersih kembali….. Oleh yang demikian sentiasalah bertaubat dan memohon keampunan di atas dosa-dosa yang dilakukan…. Jangan dibiarkan dosa-dosa begitu sahaja…. Semoga Allah sentiasa merahmati dan membimbing kita ke jalan yang diredaiNya…

Tiada ulasan: