25 Mei, 2012

Bagaimanakah ingin menjadi orang yang disukai ramai? Adakah dengan menjadi popular dapat membuatkan orang menyukai kita? Adakah dengan berkata-kata sahaja sudah mampu membuat orang terpesona dengan kita? Ataupun adakah dengan sentiasa menolong orang sehingga membiarkan diri kita ‘dipijak’ mampu memikat hati orang lain? Sebahagian tip-tip untuk dikongsi bersama supaya ianya dapat memberi manfaat kepada semua. 
- *Sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah.-* Tunjukkan yang kita benar- benar berminat dan mengambil berat terhadap orang lain.-* Ingat nama kerana orang akan berasa berbesar hati jika namanya diingati.-* - Apabila bercakap dengan seseorang, cuba cari topik yang digemarinya.-*- Jadi pendengar yang baik dengan menggalakkan orang untuk bercakap dengan anda.-*- Cuba buat orang lain rasa dirinya penting dan bermakna. Lakukan dengan penuh ikhlas.-* - Elakkan daripada bertengkar dan bertekak dengan orang lain.-*- Hormati pendapat orang lain dan jangan sekali- kali mengkritik pendapat orang lain dan mengatakannya salah dan tidak boleh diterima akal.-*- Jika kita bersalah, mengaku dan minta maaf. Jangan dikuasai ego sendiri. 

Cuba sedaya- upaya untuk ‘meletakkan’ diri kita dalam diri orang lain. Percayalah, cara ini akan membolehkan kita akan lebih memahami seseorang. Namun, ia perlu dilakukan dengan penuh kejujuran. semoga bermanfaat..

Tiada ulasan: