02 Oktober, 2011

mySCHOOL ... Perjalanan ke destinasi IHAH

Pelajar Tahun 6/2011, selepas UPSR mengisi masa terluang menyertai Program Selepas UPSR, dan salah satu program tersebut ialah Lawatan ke Institut Haiwan Ayer Hitam, Batu Pahat, JOHOR. Pada 28 September 2011 seramai 50 orang murid dan 4 orang guru telah mengikuti lawatan tersebut.
Menuju ke destinasi ... berada di atas Jalan Kluang Batu Pahat.
Berada di kawasan IHAH ... menuju destinasi pertama iaitu Pusat Perahan Susu Lembu.
Suasana hening pagi dan jalan batu merah ... nostalgia zaman 60'an ketika pergi ke sekolah.
Baru sahaja tiba di Pusat Perahan Susu Lembu, haruman mawar dihidu oleh semua peserta lawatan, tidak dapat dibayangkan wanginya ketika itu.

Tiada ulasan: