20 Jun, 2011

JEREBU OH! jerebu



RAMAI mengeluh cuaca sekarang semakin panas. Kepanasan matahari semakin terik terutama pada tengah hari. Mereka turut mengaitkan kemungkinan kepanasan itu balasan kepada manusia kerana sering melakukan kerosakan di muka bumi.



FENOMENA langit merah yang dirakamkan di Rawang adalah kesan matahari dilitupi jerebu. Peningkatan suhu di Malaysia akibat jerebu, pembakaran terbuka dan kekurangan hutan hijau menyebabkan suhu meningkat mencecah 34 darjah Celsius ke 38 darjah Celsius dan ini bukan saja menyebabkan pemanasan global, malah boleh menyebabkan penyakit kulit.




KALAU alam indah dan menawan .... pasti menarik pandangan semua insan
KALAU alam terpelihara dan terjaga .... pasti kekal indah sejak azali lagi
KALAU alam .......... 
KALAU alam memiliki suara .... tentu ia menjerit kesakitan
KALAU alam memiliki kaki dan tangan .... tentu ia lari meninggalkan kita
KALAU alam memiliki mata ..... tentu ia melihat kekejaman insan perosak 
KALAU ALAM SEMESTA INI INDAH DAN MENARIK TENTUNYA TIADA SEBARANG GEJALA BURUK YANG AKAN MENIMPA MANUSIA DI DUNIA INI. Tangan-tangan yang rakus menyelongkar khazanah alam mengakibatkan bencana yang akan menimpa semua manusia tanpa mengenal erti kasihan. Oleh itu peliharalah alam sekitar kita, semoga generasi ke generasi selamat dan bahagia hidup di atas muka bumi ini.

Tiada ulasan: