17 Mei, 2011

UMRAH - Ambil Mudah vs Ambil Berat

Permasalahan yang selalu berlaku semasa mengerjakan umrah di tanah suci ?

Pergi mengerjakan umrah tanpa belajar,hanya sekadar membaca buku dan menonton cd umrah sahaja.

Pergi mengerjakan umrah dan pergi mengerjakan haji sangat berbeza. Selalunya orang yang mahu pergi mengerjakan haji akan belajar dengan tekun cara-cara mengerjakan haji, sedangkan untuk pergi mengerjakan umrah,mereka hanya belajar sekejab sahaja tanpa bimbingan. Kursus bimbingan haji sering diadakan di masjid-masjid sedangkan kursus mengerjakan umrah jarang diadakan. Oleh itu sesiapa yang ingin mergerjakan umrah,belajar dengan orang yang arif tentang mengerjakan umrah walaupun pergi dengan kumpulan travel agency.

Ini adalah kesalahan dan kesilapan yang sering berlaku. Pergi kesana tanpa persediaan yang secukupnya.
Ingatlah jika umrah tidak sempurna dan ada pantang larang yang tidak dipatuhi,ia akan mengakibatkan
masalah lain lagi, walaupun mengerjakan umrah adalah sunat(kecuali yang pertama adalah wajib).

Tiada ulasan: