26 November, 2011

SALAM MAAL HIJRAH >>> Setiap Perubahan Menuntut Suatu Penghijrahan

Dalam hidup, setiap hari kita pasti diberi pilihan untuk membawa suatu bentuk perubahan. Lumrah manusia, kita cenderung memilih jalan yang lebih mudah dan singkat, meskipun ganjarannya mungkin tidak seberapa. Sempena hari yang penuh keberkatan dan kebesaran, marilah kita sama-sama mengajak diri dan keluarga, kenalan dan taulan, sahabat handai yang jauh dan dekat untuk menebalkan iltizam, mengukuhkan tekad dan bersama-sama berhijrah kepada kebaikan ... kerana hidup lebih bermakna apabila ia dimanfaatkan sepenuhnya. 

Tiada ulasan: