14 November, 2011

MAKANAN HALAL <> Pelihara HATI :: Peribadi MULIA

Pemilihan makanan perlu diambil perhatian kerana pada zaman ini umat islam terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan pengusaha bukan Islam. Makanan HARAM akan menjejaskan ibadat kita kepada Allah SWT kerana setiap kali kita berhadapan dengan Allah SWT ketika menunaikan solat, kita hendaklah berada dalam keadaan bersih dan suci. Pada masa sama, ada ketikanya kita terlupa mengenai apa yang kita makan.
SEJARAH menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. mengeluarkan semula buah kurma yang dimakan kedua-dua cucu Baginda, Hasan dan Husin apabila tidak mengetahui tuan punya buah yang dimakan oleh mereka. Di sini kita melihat betapa prihatinnya baginda terhadap apa yang dimakan oleh cucu Baginda bagi memastikan tiada apa-apa yang haram yang masuk ke dalam perut mereka.
Anak kita yang masih kecil tidak mengerti apa-apa mengenai halal dan haram. IBU BAPAlah bertanggungjawab memastikan kesucian makanan yang dimakan.

Tiada ulasan: