09 November, 2011

INGAT ALLAH <> Senantiasa bermunajat tanpa jemu

Dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian kita, kita kadangkala terasa kepayahan untuk melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah s.w.t. berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya.
Marilah kita kuatkan pegangan tangan kita dengan tali keimanan .... kerana tarikan dunia ini amat menawan bagaikan mampu menarik kita melalui arusnya yang deras. Sedarlah .... betapa banyak waktu yang telah kita gunakan untuk kepentingan duniawi .... tetapi bukan kepentingan akhirat.

Tiada ulasan: