12 Oktober, 2011

NUR + EMOSI cemerlang

KETIKA belajar, untuk cemerlang dalam pelajaran, kita perlukan IQ.

Selepas tamat belajar, mula bekerja dan membina keluarga, kita perlukan EQ.

EQ adalah kepintaran emosi. Untuk kita mencapai tahap cemerlang, emosi kita sentiasa perlu dipositifkan. Dalam kajian saya, emosi yang mencetuskan kecemerlangan adalah emosi yang ditunjangi unsur-unsur keagamaan dan unsur-unsur spiritual sebab agama bersifat positif kerana kita mendekatkan diri pada Tuhan dan tenaga-tenaga alam.

Ramai orang Barat berjaya mencapai tahap cemerlang sebab mereka menyelaraskan emosi positif dengan tindakan positif ditunjangi unsur-unsur spiritual positif. Unsur spiritual yang positif adalah pergantungan pada satu ‘kuasa’ yang memandu tindakan mereka, memberi ilham, saranan dan idea. Mereka panggil ini sebagai ‘faith’.
 
Kita sebagai Melayu beragama Islam amat bertuah sebab Allah swt memberi petunjuk kepada sesiapa sahaja yang mahu berjaya di dunia dan akhirat. Syaratnya mudah (tapi sebenarnya susah dilaksanakan). Dekatkan diri pada Allah, ingat namanya selalu, redha dengan ujian-ujiannya, bersangka baik dengan ketentuannya, berushaa menjadi hamba yang terbaik.

Hamba yang terbaik adalah hamba yang dikasihi oleh Allah. Bila sudah dikasihi, sudah pasti doa kita berpotensi dimakbulkan olehnya. Bila doa digabung bersama usaha, pasti kejayaan berpihak kepada kita. 



Penafian: Artikel/Info ini disalin dari laman web http://www.imotivasi.net/nur cemerlang emosi cemelang. Pihak ADMIN tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungannya yang menyinggung para pembaca.

Tiada ulasan: