17 Oktober, 2011

M U R T A D ... fakta @ realiti

Fakta gejala murtad di Malaysia
Fakta 1 :
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom berkata Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.
Fakta 2 :
Beliau menyatakan sedemikian ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yg meminta Perdana Menteri mengemukakan jumlah permohonan murtad penganut Islam & berapakah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
Fakta 3 :
Er Teck Hwa juga turut memohon penjelasan daripada kerajaan bagaimana prosedur menangani gejala murtad.
Fakta 4 :
Dato’ Seri Jamil Khir berkata hanya 168 permohonan diluluskan
Fakta 5 :
Bagaimanapun mengikut perangkaan Malaysiakini jumlah permohonan sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang
Fakta 6 :
Berdasarkan statistik, Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang.
Fakta 7 :
Tambah Dato’ Seri Jamil Khir lagi, “Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melakukan program & aktiviti bagi mengelakkan gejala murtad terutama di kalangan saudara baru”.
Fakta 8 :
Menurut Pawanchek Merican jurucakap Persatuan Peguam Muslim “ Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam ”
Fakta 9 :
Walau bagaimana pun sekreteriat berpandapat jumlahnya lebih daripada itu. Namun angka bukan persoalan utama. Apa yang lebih penting ialah gejala murtad di kalangan orang Islam memang berlaku & kita wajib menghentikannya !



KUATKAN IMAN DAN TAQWA KEPADA ALLAH S.W.T.
Inilah perisai menghadapi tarikan magnet MURTAD

Tiada ulasan: