28 Oktober, 2011

'BATUK HAJI' >>> mengelakkannya

Benarkah kenyataan bahawa sepulangnya jemaah haji ke tanah air, mereka sering atau akan diserang batuk yang berpanjangan?Ayuh, kita selongkar punca-punca terjadinya batuk berpanjangan ini atau lebih dikenali dengan 'batuk haji'.

Makkah mempunyai 1.3 juta penduduk tempatan, tetapi jumlah ini tidak termasuk jemaah yang datang ke Makkah dari serata dunia untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah.Walaupun semua jemaah telah diwajibkan mendapatkan vaksin-vaksin tertentu sebelum memasuki Arab Saudi, tetapi itu tidak memberi jaminan bahawa mereka tidak akan mendapat jangkitan penyakit daripada orang sekeliling.

Tambahan pula, ketika menjalani ibadah haji atau umrah, kita tidak tahu sama ada jemaah yang datang dari pelbagai pelosok dunia itu sudah mendapatkan vaksin pencegah penyakit yang diperlukan atau tidak.

Angkara sesak
Begitu juga, oleh kerana ramainya manusia di sana, jemaah sering terpaksa berada dalam keadaan berasak-asak. Ini memudahkan jangkitan virus seperti virus batuk atau selsema.

Bagi jemaah yang mempunyai sistem daya ketahanan tubuh yang rendah, maka risiko untuk mendapat jangkitan virus ini adalah lebih tinggi.

Cuaca panas
Cuaca yang terik dan panas di Makkah juga boleh menjadi punca batuk berpanjangan ini.

Justeru, jemaah dinasihati agar meminum air daripada botol-botol air yang bersih. Ini kerana meminum air yang tidak bersih boleh membuat masalah sakit tekak dan batuk.Begitu juga jika seseorang meminum air yang payau seperti air zamzam. Tetapi, ini tidak bererti bahawa jemaah tidak boleh meminum air zamzam.

Ini kerana kerajaan Arab Saudi telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengeluarkan air zamzam yang bersih dan selamat untuk diminum jemaah seperti menyediakan cawan-cawan plastik atau botol-botol plastik yang jemaah boleh beli di luar Masjidil Haram untuk mengisi air zamzam.

Jemaah juga boleh membeli air zamzam yang tersedia dan disimpan di dalam bekas air di luar Masjidil Haram.
~~~~ ^^^^~~~~
“Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar(ubat) bagi manusia” 
- An-Nahl: 69

~~~~^^^^~~~~

Kebaikan madu tualang
Menurut kajian yang dilakukan pada 2007 oleh Persatuan Kajian Lebah Antarabangsa atau International Bee Research Association (IBRA) yang berpangkalan di United Kingdom, madu lebah tualang boleh meredakan batuk berpanjangan semasa mengerjakan haji.

Kajian tersebut mendapati bahawa mereka yang memakan 20 gram madu lebah tualang ini sebanyak dua kali sehari sepanjang ibadah haji, akan kurang batuknya, malah madu itu boleh memulihkan batuk.

Madu lebah tualang ialah madu yang diambil daripada lebah hutan yang bersarang di pokok tualang di dalam hutan.

Sumber : Dian Sutra - cyBERITA

Tiada ulasan: