21 Julai, 2011

TERBIT FAJAR ... limpahan rahmat-NYA

Mentari mula menyinari bumi MEKAH, limpahannya menerangi Dataran Kaabah.
Mengetahui Waktu Sembahyang
Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda :
 " Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari."
(HR Muslim)
1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang 
    seseorang itu sama panjang dengan tingginya.
2. Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari 
    tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.
3. Waktu maghrib ketika tenggelam matahari sehingga hilang 
    tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.
4. Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) 
    dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.
5. Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.

Tiada ulasan: