07 Julai, 2011

MATI ...satu kepastian

Daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, 
" Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya."
                                                                      (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
... keluarganya ... hartanya ... meninggalkannya
... amalannya ... tinggal bersama simati

1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini 
    iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka 
    hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara
    itu dengan sebaiknya
2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah 
    amalannya.Walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan 
    adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal 
    dan digunakan untuk keredaan Allah , juga akan bermanfaat 
    kepada si mati.

Tiada ulasan: