24 Julai, 2011

JALAN-JALAN ... makan angin 3

Dah puas kat rumah sedara-mara, maka berangkatlah pulang ke rumah di Bee Pee.
Waktu balik ke Bee Pee, di Highway PG kenderaan mula banyak, agaknya nak ke Bandaraya Jay Bee.
Di Highway PG, nasib tak berapa baik kena follow lori angkut sampah. Tapi kejap je ... driver tekan pedal minyak. Faham-faham je la.
Susur keluar ke HIGHway Kempas
Highway Kempas, relaks je pemanduan hari ini.
Bayar TOL kat Highway Kempas ... RM2.10. MAHAL TUUUUU!!!!!
Tak boleh ke KERAJAAN NAJIB mansuhkan tol ni. Tempat lain boleh, kenapa kat sini tak boleh? Ada KONSIPIRASI kot?
Tungggggguuuuuuuu .... PRU13, tau la nasib ko orang.
Kena lagi tol, ni kat AYER HITAM. Bayar RM 9.10 lagi. Memang MAHAL.
MANSUHKAN TOL INI....WAHAI KERAJAAN NAJIB DENGARLAH RINTIHAN RAKYAT TERMISKIN.
NAK TUNGGU PRU13 ?
TUNGGGGGUUUUUU LAH, kita tengok sama-sama.
Jalan sesak di Ayer Hitam, biasa lah hari AHAD.
1. ' Jamak ' maksudnya ialah menghimpunkan. 
    ' Takdim ' pula maksudnya mendahulukan. 
    Manakala ' Ta'khir ' memberi maksud menangguhkan.
2. Sembahyang fardhu yang dibenarkan untuk dijamakkan adalah :
    i.  Zohor dengan Asar
    ii. Maghrib dengan Isya'
3. Jamak Takdim ialah mengerjakan sembahyang Zohor dan 

    sembahyang Asar pada waktu Zohor. 
    Caranya ialah dengan dikerjakan sembahyang Zohor dua rakaat 
    dan setelah memberi salam diiringi pula dengan sembahyang Asar 
    dua rakaat juga.
4. Jamak Takdim bagi sembahyang Maghrib dan Isya' pula adalah 

    dengan dikerjakan sembahyang Isya' pada waktu Maghrib. 
    Caranya ialah sembahyang Maghrib tiga rakaat 
    (seperti biasa kerana ia tidak boleh diqasarkan) 
    dan setelah memberi salam diiringi dengan sembahyang Isya' 
    dua rakaat.
5. Jamak Ta'khir pula ialah dengan mengerjakan sembahyang Zohor 

    dan Asar pada waktu Asar dan sembahyang Maghrib dan 
    Isya' pada waktu Isya'. Cara mengerjakannya ialah dengan dilakukan 
    sembahyang Zohor kemudian diiringi dengan Asar demikian juga 
    dengan sembahyang Maghrib dan Isya'. 

Tiada ulasan: