17 Jun, 2011

PERJALANAN UMRAH 2011/7

Jalan-jalan & Umrah
Selepas solat Subuh di MasjidilHaram, kami mengambil kesempatan jalan-jalan di luar masjid memerhatikan gelagat ribuan manusia yang ada di kawasan ini.
Melihat kesesakan jalanraya di sini, hati ini berkata-kata bahawa kegersangan muka bumi ini tidak bererti manusia tidak akan hidup, malahan lebih hebat daripada yang kami sangkakan. Semua ini atas limpah rahmatNya kepada penduduk Mekah. Kerancakan pembangunan sekitar MasjidilHaram menggambarkan satu masa nanti ianya akan mengungguli bandar-bandar lain di dunia ini. InsyaAllah.








Tiada ulasan: