25 Jun, 2011

AMALAN KHURAFAT ... Wajib dijauhi



1. Surah An-Nisaa’ ayat 48 :

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan akan mengampunkan dosa lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesugguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

2. Maksud khurafat ialah kepercayaan atau perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.

3. Amalan-amalan khurafat :

i) Mempercayakan bomoh dan dukun dapat memenuhi sesuatu hajat.
   • Mendapat pangkat, kedudukan dan pengaruh
   • Mendapat kan calon isteri atau suami
   • Menghilangkan penyakit
   • Menyakiti orang lain

Sabda Nabi s.a.w. :

“Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau ahli sihir atau bomoh dan bertanya sesuatu kepada mereka lalu dia mempercayainya akan apa yang dikatakan oleh mereka itu, maka sesungguhnya dia telah terkeluar (kufur) daripada apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.”
( Riwayat Abi Daud )

Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Barangsiapa yang menemui tukang tilik atau bomoh dan bertanya sesuatu kepada mereka lalu dia mempercayainya, maka sembahyangnya tidak diterima selama 40 hari.”
( Riwayat Muslim )

ii) Memakai tangkal azimat dengan keyakinan tertentu.
   • Menjadi kebal
   • Pelaris perniagaan
   • Penolak bahaya
   • Penyembuh penyakit
   • Penggerun
   • Penunduk musuh

Hadis Baginda s.a.w. :

“Sesungguhnya jampi mentera, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah syirik.”
( Riwayat Abu Daud )

iii) Mempercayai bintang dan angka-angka tertentu yang didakwa boleh membawa tuah dan keberkatan.

4. Mempercayai hari-hari tertentu boleh mendatangkan keburukan kepada sesuatu pekerjaan.

5. Sesungguhnya semua hari adalah baik dan boleh dilaksanakan apa juga pekerjaan.

6. Syarat-syarat jampi oleh Imam As-Sayuti :
• Hendaklah ianya terdiri dari Kalamullah (ayat-ayat Al-Quran) atau nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya.
• Hendaklah ianya di dalam bahasa Arab dan apa yang difahami pengertiannya.
• Hendaklah mengiktikad dan mempercayai bahawa jampi itu tidaklah memberi kesan bahkan hanya dengan takdir atau kuasa Allah s.w.t.

7. Marilah kita hayati dan fahami bahawa kesan atau akibat buruk sekiranya seseorang Muslim itu mempercayai serta mengamalkan perbuatan khurafat.

• Syirik dan terbatalnya iman
• Membazirkan masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia

8. Surah Yunus ayat 106 :

وَلاَ تَدْعُ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَنفَعُكَ وَلاَ يَضُرُّكَ فَإِن فَعَلْتَ فَإِنَّكَ إِذاً مِّنَ الظَّالِمِينَ

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).”

Oleh : Ustaz Mohd Sufie bin Haji Karim

Tiada ulasan: